Cara mandian yang menjadikan kulit badan semakin cantik

0
COM

Masih ramai yang memandang remeh dan belum menyedari pentingnya mandi yang betul dan sempurna.

Jom kita semak 10 tips yang sempurna bagi mereka yang mahukan kulit badan yang segar dan menawan.

1) Sebelum masuk ke dalam tab mandi, sapukan pelembab jenis berminyak keseluruh badan.langhkah ini perlu untuk membantu melembut dan melicinkan kulit agar proses menanggalkan kotoran dan sel mati menjadi mudah.

2) Setelah masuk dalam tab mandi cuci tubuh seperti biasa gunakan batu 'pumice' untuk menanggalkan kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati.

3) Jangan terlalu kasar dan rakus menggosok tubuh ketika mandi.Anda juga tidak digalakkan menggosok tubuh didalam air terutama air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi kering.

4) Pastikan anda memanjakan kulit.Gunakan span mandi yang lebih lembut untuk menggosok agar tubuh tidak cedera.

5) Kehilangan lembapan pada tubuh dan kulit ketika mandi menjadikan kulit kering.Elakkan penggunaan air panas kerana ia menyebabkan kulit anda hilang kelembapan dan kering.

6) Jangan menggunakan sabun sebarangan sebaliknya pilih sabun yang punyai kandungan pH yang sesuai dengan keperluan kulit.

7) Sabun susu sering dilihat sebagai agen pelembab kulit.Namun tidak semua sabun susu berkualiti tinggi.Pastikan ia bersesuaian dan tidak merengsa kulit.

8) Selepas mencuci wajah, jangan lupa pastikan bahagian belakang tubuh juga dapat penekanan yang sama.Gunakan produk kecantikan seperti 'mask scrub' pada bahagian tersebut.

9) Ketika mengelap atau menggosok wajah atau tubuh gunakan tuala yang yang lembut dan jangan gosok terlalu kuat.Ini kerana akan dibimbangi boleh akibatkan kehilangan kandungan minyak semula jadi.

10) Terus pakai pelembab kulit yang bersesuain sebaik sahaja selesai mengelap.Pelembab yang disyorkan adalah jenis berminyak.

Semoga mendapat kulit yang menawan hati!

6 Tips kecantikan dan kesihatan dipagi hari

0
COM
Disini saya kongsikan tips kecantikan dan kesihatan agar tubuh badan kelihatan cantik dan menawan serta sihat.Semua tips kecantikan yang saya berikan mudah dan telah diakui berkesan oleh pakar-pakar kecantikan dan kesihatan.




Tips kecantikan 1: Tiru senaman kucing

Belajar lakukan senaman regangan apabila anda bangun dari tidur. Ia meningkatkan peredaran dan penghadaman dan meredakan sakit belakang.Jika anda ketahui teknik senaman kucing, iaitu kaedah  amalan senaman orang melayu terdahulu gaya kucing itu satu kelebihan istimewa.

Tips kecantikan 2: Jangan skip sarapan pagi.

Kajian menunjukkan bahawa makan sarapan pagi yang betul adalah salah satu perkara yang paling positif yang boleh anda lakukan jika anda cuba untuk menurunkan berat badan. Meninggalkan sarapan pagi akan menyebabkan anda  cenderung mendapat berat badan. Satu sarapan pagi yang seimbang termasuk buah-buahan segar atau jus buah-buahan, bijirin sarapan yang tinggi serat, rendah lemak susu atau yogurt, roti gandum penuh, dan telur rebus

 

Tips kecantikan 3: Memberus gigi cara yang betul

Ramai yang masih perlu perkemaskan cara memberus gigi yang lebih sempurna.Tidak perlu berus gigi yang mahal namun cukup sekadar yang selesa.Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan bau mulut yang lebih menawan, lakukan berusan selama 2 minit.Pastikan kesemua gigi diberus dan lidah atas bawah dibersihkan secara maksimum.Bukan membersihkan gigi dan mulut asal berus.Walaupun gigi tersembunyi, ia juga menyumbang kepada kecantikan wajah seseorang.Senyuman akan akan bertambah manis sekiranya gigi bersih dan terhindar bau mulut yang memalukan.

Tips kecantikan 4: Teh hijau dan buah zaitun untuk payudara

Beberapa kajian telah mendapati ini, tetapi baru-baru ini mendapati bahawa polifenol (sejenis antioksidan) dalam teh hijau dan buah zaitun juga boleh membantu melindungi anda daripada kanser payudara.Mungkin anda boleh mulakan mengamalkan Teh hijau yang ada di jual di pasaraya.Banyak pilihan Teh hijau yang boleh memikat hati.Dengan payudara yang sihat, ia bukan sahaja cantik namun memberi keyakinan kepada diri.

Tips kecantikan 5: Katakan Yes pada tomato.

Tomato adalah superstar dalam buah-buahan. Tomato mengandungi lycopene, agen pejuang kanser yang kuat. Tomato juga kaya dengan vitamin C. Berita baik adalah  tomato yang dimasak juga berkhasiat, jadi gunakan mereka dalam pasta, sup dan casseroles, serta salad. Persatuan Thoracic British mengatakan bahawa tomato dan epal boleh mengurangkan risiko asma kronik dan penyakit paru-paru . Kedua-dua mengandungi quercetin antioksidan. Untuk menikmati faedah, makan lima epal seminggu atau tomato setiap hari.Malah apa yang menarik kaedah murah ini sangat berkesan untuk keseluruhan kulit muka dan badan menjadi mulus dan tegang!

Tips kecantikan 6: Memanjakan tulang.

Dapatkan kalsium harian anda dengan susu segar rendah lemak atau makan yogurt. Ia akan memastikan tulang anda kuat. Ingat bahawa kepadatan tulang menurun selepas umur 30. Anda perlu sekurang-kurangnya 200 miligram setiap hidangan.

P/s: Semoga segala tips yang dikongsikan dapatlah diamalkan untuk mencapai matlamat kesihatan dan kecantikan secara optimum dan lebih berpanjangan.Waktu pagi itu tidaklah terlalu panjang namun dengan kita perkemaskan gaya amalan kecantikan dan kesihatan yang lebih sistematik, insyaallah tubuh badan serta wajah akan jauh lebih menawan. Jika anda mencari kaedah yang mudah dan pantas untuk lebih menawan, saya syorkan Minyak Kelapa Dara Asli.Minyak kelapa dara Asli mengandungi Vitamin E, Vitamin K dan mineral seperti zat besi - Vitamin E amat penting untuk sel dan kulit.

Tips Kecantikan Rahsia tahi lalat yang merisaukan

0
COM
Adakah anda risau dengan adanya banyak tahi lalat.Bimbang dengan kenyataan doktor yang memberitahu tahi lalat juga boleh bertukar menjadi kanser?Bagaimanakah ciri-ciri tahi lalat yang merbahaya?

rahsia tahil alatMasyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya.Meskipun ia hanyalah kepercayaan semata mata tanpa asas yang kukuh, namun ia menyeronokkan untuk dikaji.Lebih-lebih lagi ia dipercayai dapat membongkar rahsia tahi lalat pada individu itu.

Sebagai contoh orang tua dahulu mengatakan rahsia tahi lalat bagi mereka yang punyai tahi lalat di bibir atas kanan  murah rezeki dan pandai.Manakala rahsia tahi lalat bagi mereka yang punyai tahi lalat di hujung mata kanan adalah seorang yang baik hati dan sopan.

Tapi tak kurang juga yang menyifatkan tahi lalat sebagai kecacatan pada kulit.Ini kerana rahsia tahi lalat yang tumbuh besar atau terlalu banyak dan berada pada kedudukan tidak sepatutnya boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.Dari istilah perubatan tahi lalat di kenali sebagai Nevus pigmentosus.

Memiliki ciri khusus umum berwarna coklat atau hitam yang menandakan terjadinya penumpukan pigmen.Tapi ada juga tahi lalat yang berwarna sama dengan warna kulit seseorang.Meski tidak dapat dikategorikan sebagai "penyakit", namun terkadang kita jumpai orang tua yang memiliki banyak tahi lalat, anaknya pun punya banyak tahi lalat.Secara berselorohnya maka banyaklah dia memiliki rahsia tahi lalat.

Terdapat 2 jenis tahi lalat iaitu yang wujud semasa lahir atau sewaktu membesar.Antara penyumbang kepada kewujudan tahi lalat sewaktu membesar ialah sinaran matahari.Faktor keturunan juga tidak boleh dipandang remeh kerana banyak keluarga mempunyai tahi lalat tipikal yang boleh dikaitkan dengan melanoma atau kanser kulit.

Tahi lalat boleh menjadi bahaya jika terdapat perubahan dari aspek warna, ketinggian, saiz atau bentuk.Misalnya tahi lalat yang punyai diameter lebih besar dari pemadam pensel atau yang mempunyai bayang warna pelik seperti biru, putih atau merahatau yang mempunyai  tekstur kasar dan menggerutu.Sekiranya seseorang mempunyai tahi lalat sebegitu, dinasihatkan supaya membuangnya.

Ciri-ciri tahi lalat yang berbahaya

  • Warnanya berubah menjadi lebih gelap atau tidak homogen

  • Bentuknya menjadi tidak lagi beraturan

  • Bertambah besar dengan cepat dalam beberapa waktu terakhir

  • Jaringan kulit di sekitarnya kemerahan

  • Terasa gatal dan perih

  • Mudah berdarah jika tersenggol

Tahukah anda?

Glutaberries with VIT B17 merupakan makanan kesihatan yang satunya menerima Teknologi nano 1000 kali lebih halus daripada mikro , membolehkannya menyerap sepenuhnya ke dalam sel - sel kulit untuk menyembuh, menyegar, melembap, merawat kedut, pigmentasi dan membaiki sel - sel kulit termasuk bertindak sebagai anti kanser.Mari kita lihat senarai kebaikan yang boleh diperolehi daripada Teknologi Nano ini => Klik sini Teknologi nano 1000 kali ganda