Home Blog Page 22

11 cara muka lebih cantik dan gebu

0
11 cara muka lebih cantik dan gebu

Pasti semua wanita tidak kira peringkat umur impikan kulit muka yang cantik bersih berseri.Memiliki wajah cantik pastinya meningkatkan rasa keyakinan diri.Bagi mereka yang punyai pasangan pastinya penampilan wajah yang sihat dan cantik tentunya menambah keintiman.

Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah adalah selepas 8 jam.Kerap menambah solekan akan menjadikan solekan atau warna tidak rata.

Guna sabun khusus untyuk wajah. Elak guna sabun biasa.Pilih sabun wajah yang sesuai dengan jenis kulit.Cuci wajah tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi, petang dan malam.Bagi kulit bermasalah seperti jerawat bersihkan wajah dengan lebih kerap.Minimum empat kali.

How-to-Beauty-Wash-Your-Face-770x512

Jika bersolek tebal, gunakan susu perbersih wajah bagi menghilangkannya. Kemudian cuci wajah seperti biasa.

Ketika anda memilih berus solekan, pegang dan rasakan bulu-bulunya dibahagian pergelangan tangan. Cara ini akan anda rasai ketika menyapunya pada kulit wajah.

Untuk segarkan mata, celupkan kapas ke dalam air mawar atau susu dingin.Baring, angkat kaki sehingga lebih tinggi daripada kepala.Letakkan kapas basah keatas mata yang tertutup.Biarkan 10 minit.

Krim pembersih yang tidak sesuai dengan kulit menyebabkan pertumbuhan jeragat dan bintik-bintik hitam pada wajah.Ini disebabkan oleh pembentukan sel kulit mati kerana terdedah kepada udara.

Selepas melakukan aktiviti penglupasan, gunakan masker.Ia bertujuan untuk menegangkan kulit dan memberi zat pada kulit bahagian luar.

Jika anda bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin, kulit mudah menjadi kering.Pakai krim vitamin E atyau gliserin agar struktur kulit tidak merekah.

Jika anda selalu buat tugasan luar, sapulah krim pelindung matahari SPF 15 terutama pada waktu pagi hingga lewat petang.

Jangan sesekali mencampurkan produk penjagaan kulit wajah daripada jenama yang berbeza terutamanya jika anda mempunyai kulit yang sensitif.

Dahi yang sentiasa dikerutkan dan mata yang sering dikecilkan akan memudahkan kedutan terbentuk

 8,787 total views,  2 views today

Cara banyakkan susu ibu dengan daun Turi

0
Cara banyakkan susu ibu dengan daun Turi

Bagi ibu-ibu yang alami masalah susu badan yang sedikit bolehlah cuba kaedah ini.Ambil daun Turi muda dan rebus lalu dijamah sebagai sayur.Ini sangat bagus untuk memastikan air susu badan bertambah.

daun turi

Begitu juga dengan lobak putih.Ambil beberapa ketul lobak putih dihiris bulat-bulat dan rebus atau diramukan menjadi sup.Ia amat  berkesan untuk menambah susu badan si ibu.

Dengan mengamalkan pemakanan seperti ini bukan sahaja bagus untuk susu badan si ibu, malah dapat membantu mengawal berat badansemasa pantang atau selepas bersalin.

 

Selamat mencuba!

 9,977 total views

10 trik cantik sebelum umur 30

0
10 trik cantik sebelum umur 30

Tindakan melewat-lewatkan rutin penjagaan kulit wajah boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kulit dimasa hadapan.Sebagai panduan, saya kongsikan 10 trik tampil cantik sebelum menjangkau usia 30an.

Pelindung UV

Tidak kiralah apakah warna dan jenis kulit anda atau dimanakah anda berada, pastikan anda menyapukan pelindung UV pada kulit wajah dan badan yang terdedah.Hal yang sama juga perlu dilakukan walaupun anda berada dikawasan tertutup

Melembab

Kulit yang kering dan tidak dijaga akan kelihatan seperti bersisik serta menggelupas.Ia juga merupakan antara faktor kewujudan kedutan diwajah.Bagi wajah berminyak, gunakanlah pelembab wajah bebas minyak.

Sentuhan lembut

Lakukan aktiviti penjagaan kulit wajah seperti mengurut, membersih, menyapukan skrup wajah dengan kaedah yang lembut.Belailah wajah anda seperti memegang wajah bayi.

makeup-artist1

Bedak asas

Mungkin ada yang beranggapan bahawa bedak asas haruslah dipakai setiap masa agar kulit kelihatan licin sentiasa.Eh! Janganlah begitu, Sesekali ketepikan dahulu bedak asas tersebut kerana sapuannya pada seluruh wajah hanya menyebabkan hasil solekan kelihatan berat dan garis kedutan lebih ketara.Jika perlu sapukan bedak asas hanya sekitar dibawah mata dan hidung.

Penyamar Noda

Pengguna penyamar noda yang tepat adalah dengan menepuk-nepuk lembut pada kulit dan bukannya disapu atau digosok.Aplikasikan penyamar noda pada bahagian kulit yang bermasalah, kemudian tepukkannya perlahan pada kulit sehingga ia rata dan menyatu dengan kulit.

Mata

Mata punyai pengaruh yang kuat dalam sebarang bentuk komunikasi.Justeru, janganlah menganggap penjagaan dan solekan dibahagian mata tidak penting.Bulu mata dan penggaris kering yang bagus akan membuatkan penampilan anda berbeza, walaupun anda tidak mengenakan gincu.

Bibir

Elakkan membuat garis bibir dengan pekat.Apa yang perlu anda lakukan adalah baurkannya pada bibir.Semakin pekat garis bibir yang dihasilkan, maka semakin pelik bentuk bibir yang terhasil.

Pengilat bijbir

Jangan mengenakan pengilat bibir berbentuk tiub terus pada bibir.Untuk sapuan yang lebih tepat, sekaligus ia bertahan lama, titikkan pada jari terlebih dahulu  dan kemudian barulah menyapukannya kebibir.Selain dapat memelihara pengilat bibir tersebut daripada bakteria, cara ini juga membantu menghasilkan sapuan yang lebih rata.Pun begitu pastukan jari anda bersih terlebih dahulu.

Pipi

Hasilkan kesan solekan yang muda dan segar dibahagian pipi dengan menggunakan pemerah pipi daripada tona beri.Gunakan berus daripada bulu halus untuk membentuk bulatan kecil dibahagian pipi, kemudian baurkannya kearah telinga.

Beg mekap

Bagi memastikan alat solek terjaga rapi, sediakanlah dua buah beg mekap dimana salah satu daripadanya diisi dengan alat solek yang digunakan setiap hari, manakala satu lagi digunakan untuk mengisi alat solek yang hanya akan digunakan ketika majlis-majlis tertentu sahaja.

 8,488 total views

Hilangkan gatal di celah jari

0
Hilangkan gatal di celah jari

Anda alami masalah gatal si celah jari kerana alahan sabun dan sebagainya, jangan digaru kerana luka akan merebak sehingga kulit berair. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa sakit dan pedih sehingga sukar melangsaikan kerja-kerja rutin.

Cara hilangkan gatal dicelah jari kaki atau tangan

Malah sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang langsing dan cantik sekalipun ia pastinya akan menjejaskan hubungan intim suami isteri.

Cuba petua ini dengan menumbuk lumat gambir sebesar ibu jari dan beberapa helai daun dukung anak lalu sapukan pada bahagian luka.Amalkan sekerap mungkin sehingga kulit kering dan sembuh seperti sediakala.

 24,323 total views

Cara menghilangkan panau, dan kurap

0
Cara menghilangkan panau, dan kurap

Kepada sesiapa yang alami penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis atau terkena kutu air pastinya membuatkan anda gusar dan bimbang.Cuba amalkan petua ini.Ambil bawang putih yang besar, belah dua dan gosokkan pada tempat yang berpenyakit sehingga ia bertukar kemerah-merahan.

Bawang Putih merawat panau, kurap

Lakukan sekerap yang mungkin dalam satu hari dan anda akan dapati kulit yang kemerah-merahan akan bertukar menjadi hitam dan seterusnya berganti kulit baru.

Usah terkejut bawang putih juga boleh dijadikan sebagai bahan bantuan yang efektif untuk menurunkan berat badan! .Terutama kawasan perut yang buncit.

Amalkan dan insyaallah berkesan

 23,020 total views

error: Content is protected !!