Assalamualaikum Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat kerabu ulam-ulaman yang diajar oleh mak saya. Resepi kerabu ni boleh digunakan untuk pelbagai jenis ulam dan sayuran. Untuk resepi ni, saya gunakan kacang botol, pegaga dan daun selom. Saya gunakan ikan segar kerana rasanya lebih sedap dan lebih terasa ikannya berbanding ikan bilis. Boleh guna pelbagai jenis ikan seperti ikan sardin, ikan selayang, ikan kembong dan sebagainya. Untuk membuat kerabu ni, tak perlu sukatan yang tepat. Boleh letak bahan-bahan ikut selera masing-masing. Selamat mencuba 😊

Bahan-Bahan
4 Ekor Ikan Selayang
1 Keping Asam Gelugor
Sedikit Garam
1 Biji Kelapa Parut
Kacang Botol
Daun Selom
Pegaga
Gula
Garam
Lemon
Bawang Merah

Subscribe 2nd Channel Buat Orang Lapo untuk behind the scene video – http://bit.ly/nazatul

Sumber

 54 total views,  1 views today