derma darah

Adakah anda sedar dan tahu tentang keistimewaan yang disediakan kepada penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara, Tabung Darah di Hostpital kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti dibawah;

# Kekerapan menderma (1 kali) :Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan  (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

# Kekerapan menderma (2 kali – dalam tempoh 12 bulan): Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

# Kekerapan (2-5 kali): Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan

# Kekerapan (11-15 kali): Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 2 tahun

# Kekerapan (16-20 kali): Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempuh 2 tahun

# Kekerapan (21-30 kali): Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun

# Kekerapan (31-40 kali): Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

# Kekerapan (41-50 kali): Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun

blood

# lebih 50 kali (bagi penderma  ” Whole blood”) dan lebih 150 kali (bagi penderma aferesis): Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

19,244 total views, 2 views today