Kehidupan berumahtangga bukan semudah di alam percintaan.Usah terkejut sekiranya melihat pasangan anda berubah 360 darjah  apabila dia sah menjadi isteri atau suami anda.Sekiranya ia berubah kearah kebaikan anda tentulah bertuah, namun sekiranya sebaliknya anda perlu bijak dan kreatif untuk menghadapinya.

#Tips 1: Niat

Sebagai seorang muslim setiap pasangan perlu memasang niat yang betul dalam mengharungi alam rumahtangga.Mulai niat kerana hendak mendapatkan redha Allah.Sentiasa memohon petunjuk kepadaNYA agar selalu diberi jalan yang lurus terutama apabila berhadapan dengan cabaran rumahtangga.

#Tips 2: Cari punca

Cari punca utama berlaku perselisihan antara pasangan.Anda pasti dapat tahu apakah punca perselisihan.Biarpun ia berpunca perkara kecil namun anda perlu ketahui api yang kecil boleh membesar lalu membakar segalanya.Selepas ketahui punca perselisihan, pilih masa yang sesuai dan jauhi gangguan anak-anak bagi membolehkan anda dan pasangan berkomunikasi secara efektif.

#Tips 3: Teknik berbicara

Jika pasangan anda seorang yang panas baran maka anda haruslah mengambil sikap seperti “air” yang menyejukan.Mulakan bicara dengan lemah lembut dan bukannya menghembur kata-kata kesat walaupun rasakan diri anda betul.Tetapkan niat yang baik dan fokus kepada matlamat yang baik akan membantu anda mengawal emosi.

#Tips 4: Bercakap benar

Ramai yang membiasakan dalam rumahtangga dengan menyembunyikan kepahitan tanpa mencari jalan penyelesaian yang efektif.Jauh sekali berani berkata benar.Ini selalu berlaku kepada si isteri.Namun usahlah berkata dan bercakap benar dengan satu kaedah sahaja.Usah berkasar atau menggunakan kata tegas sebagai pilihan utama.Sebaliknya gunakan kaedah yang lebih santai tanpa merobek hati pasangan seperti bercerita jenaka bersama pasangan dengan maksud tujuan yang senang difahami.

bercerai

#Tips 5: Kawal Emosi

Isteri usah sesekali memaksa suami untuk menjatuhkan talak kerana dalam keadaan emosi yang tidak stabil kemungkinan besar suami akan mudah mengatakannya.Emosi yang tidak terkawal boleh mengubah diskusi biasa menjadi pertengkaran hebat.Jangan sampai ia merosakkan hubungan suami isteri yang sudah dibina selama bertahun-tahun.

#Tips 6: Pihak ketiga

Apabila setiap usaha anda berhadapan dengan jalan buntu maka usahlah malu untuk mendapatkan pertolongan pihak ketiga yang lebih berautoriti seperti kaunselor rumahtangga.Elakkan berkongsi masalah rumahtangga dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga bagi memastikan rosiko “batu api” dapat dielakkan.

#Tips 7: Cinta hati

Biarlah apapun yang terjadi ingat kembali bahawa anda pernah menjadi pasangan sejoli sehati sejiwa ketika di awal perkahwinan dahulu.Kenangkan memori lepas yang indah dan suasana menghadapi cabaran bersama bagi meraih semangat cinta yang semakin pudar.Ingat juga pada anak-anak yang tentunya mahukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya.

#Tips 8: Percutian istimewa

Ketahuilah sekiranya pasangan suami isteri itu bekerja dari awal pagi hingga ke malam, memang akan terdedah kepada situasi badan “terlalu penat”.badan dan mental yang letih tentunya akan mempengaruhi emosi.Rancang percutian yang istimewa buat anda dan pasangan.Lakukan aktiviti percutian yang dapat meningkatkan kualiti perhubungan perkahwinan.

#Tips 9: Solat dan doa

Usah sesekali meningalkan solat dan berputus asa terhadap pemberianNYA.Mintalah dan merayulah kepadaNYA dalam dipermudahkan urusan harian rumahtangga.Amalkan ciuman dikedua belah pipi bersama pelukan yang penuh kasih sayang selepas solat.Dan teruskan amalan peluk dan cium ini setiap kali hendak pergi kerja.Hasilnya luar biasa.

 

18,706 total views, 2 views today