Tindakan melewat-lewatkan rutin penjagaan kulit wajah boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kulit dimasa hadapan.Sebagai panduan, saya kongsikan 10 trik tampil cantik sebelum menjangkau usia 30an.

Pelindung UV

Tidak kiralah apakah warna dan jenis kulit anda atau dimanakah anda berada, pastikan anda menyapukan pelindung UV pada kulit wajah dan badan yang terdedah.Hal yang sama juga perlu dilakukan walaupun anda berada dikawasan tertutup

Melembab

Kulit yang kering dan tidak dijaga akan kelihatan seperti bersisik serta menggelupas.Ia juga merupakan antara faktor kewujudan kedutan diwajah.Bagi wajah berminyak, gunakanlah pelembab wajah bebas minyak.

Sentuhan lembut

Lakukan aktiviti penjagaan kulit wajah seperti mengurut, membersih, menyapukan skrup wajah dengan kaedah yang lembut.Belailah wajah anda seperti memegang wajah bayi.

makeup-artist1

Bedak asas

Mungkin ada yang beranggapan bahawa bedak asas haruslah dipakai setiap masa agar kulit kelihatan licin sentiasa.Eh! Janganlah begitu, Sesekali ketepikan dahulu bedak asas tersebut kerana sapuannya pada seluruh wajah hanya menyebabkan hasil solekan kelihatan berat dan garis kedutan lebih ketara.Jika perlu sapukan bedak asas hanya sekitar dibawah mata dan hidung.

Penyamar Noda

Pengguna penyamar noda yang tepat adalah dengan menepuk-nepuk lembut pada kulit dan bukannya disapu atau digosok.Aplikasikan penyamar noda pada bahagian kulit yang bermasalah, kemudian tepukkannya perlahan pada kulit sehingga ia rata dan menyatu dengan kulit.

Mata

Mata punyai pengaruh yang kuat dalam sebarang bentuk komunikasi.Justeru, janganlah menganggap penjagaan dan solekan dibahagian mata tidak penting.Bulu mata dan penggaris kering yang bagus akan membuatkan penampilan anda berbeza, walaupun anda tidak mengenakan gincu.

Bibir

Elakkan membuat garis bibir dengan pekat.Apa yang perlu anda lakukan adalah baurkannya pada bibir.Semakin pekat garis bibir yang dihasilkan, maka semakin pelik bentuk bibir yang terhasil.

Pengilat bijbir

Jangan mengenakan pengilat bibir berbentuk tiub terus pada bibir.Untuk sapuan yang lebih tepat, sekaligus ia bertahan lama, titikkan pada jari terlebih dahulu  dan kemudian barulah menyapukannya kebibir.Selain dapat memelihara pengilat bibir tersebut daripada bakteria, cara ini juga membantu menghasilkan sapuan yang lebih rata.Pun begitu pastukan jari anda bersih terlebih dahulu.

Pipi

Hasilkan kesan solekan yang muda dan segar dibahagian pipi dengan menggunakan pemerah pipi daripada tona beri.Gunakan berus daripada bulu halus untuk membentuk bulatan kecil dibahagian pipi, kemudian baurkannya kearah telinga.

Beg mekap

Bagi memastikan alat solek terjaga rapi, sediakanlah dua buah beg mekap dimana salah satu daripadanya diisi dengan alat solek yang digunakan setiap hari, manakala satu lagi digunakan untuk mengisi alat solek yang hanya akan digunakan ketika majlis-majlis tertentu sahaja.

8,363 total views, 1 views today