Pasti semua wanita tidak kira peringkat umur impikan kulit muka yang cantik bersih berseri.Memiliki wajah cantik pastinya meningkatkan rasa keyakinan diri.Bagi mereka yang punyai pasangan pastinya penampilan wajah yang sihat dan cantik tentunya menambah keintiman.

Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah adalah selepas 8 jam.Kerap menambah solekan akan menjadikan solekan atau warna tidak rata.

Guna sabun khusus untyuk wajah. Elak guna sabun biasa.Pilih sabun wajah yang sesuai dengan jenis kulit.Cuci wajah tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi, petang dan malam.Bagi kulit bermasalah seperti jerawat bersihkan wajah dengan lebih kerap.Minimum empat kali.

How-to-Beauty-Wash-Your-Face-770x512

Jika bersolek tebal, gunakan susu perbersih wajah bagi menghilangkannya. Kemudian cuci wajah seperti biasa.

Ketika anda memilih berus solekan, pegang dan rasakan bulu-bulunya dibahagian pergelangan tangan. Cara ini akan anda rasai ketika menyapunya pada kulit wajah.

Untuk segarkan mata, celupkan kapas ke dalam air mawar atau susu dingin.Baring, angkat kaki sehingga lebih tinggi daripada kepala.Letakkan kapas basah keatas mata yang tertutup.Biarkan 10 minit.

Krim pembersih yang tidak sesuai dengan kulit menyebabkan pertumbuhan jeragat dan bintik-bintik hitam pada wajah.Ini disebabkan oleh pembentukan sel kulit mati kerana terdedah kepada udara.

Selepas melakukan aktiviti penglupasan, gunakan masker.Ia bertujuan untuk menegangkan kulit dan memberi zat pada kulit bahagian luar.

Jika anda bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin, kulit mudah menjadi kering.Pakai krim vitamin E atyau gliserin agar struktur kulit tidak merekah.

Jika anda selalu buat tugasan luar, sapulah krim pelindung matahari SPF 15 terutama pada waktu pagi hingga lewat petang.

Jangan sesekali mencampurkan produk penjagaan kulit wajah daripada jenama yang berbeza terutamanya jika anda mempunyai kulit yang sensitif.

Dahi yang sentiasa dikerutkan dan mata yang sering dikecilkan akan memudahkan kedutan terbentuk

8,661 total views, 1 views today