produk kecantikan, tips kecantikan

Semua wanita inginkan kecantikan.Namun menjaga kecantikan luaran sahaja adalah satu tindakan yang tidak tepat.Ia bersifat sementara dan tidak menyumbang kepada kecantikan yang menyeluruh.

Kecantikan yang terbaik adalah kecantikan yang bermula dari dalam dan terpapar hasilnya ke luaran.Biarpun kulit anda tidak putih atau cerah, namun sekiranya anda mengamalkan tips yang akan diberi dibawah, ia akan mampu memberi penampilan yang boleh memikat hati yang memandang.

  1. Mulakan rutin kecantikan baru mulai hari ini. Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
    2. Minum 8 gelas air putih setiap hari.
    3. Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi ia juga membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat berseri.
    4. Pastikan kulit anda mendapat ‘makanan’ yang terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
    5. Pakai pelembab wajah setiap hari. Pilih pelembab bebas minyak.
    6. Kemarahan boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
    7. Jangan sentiasa mengenakan solekan. Biarkan kulit anda berehat buat seketika.
    8. Berhenti mengambil makanan ringan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
    9. Jangan terus tidur, tanggalkan mekap anda terlebih dahulu.
    10. Jangan guna sabun atau sebarang produk selain produk penjagaan kulit yang bersesuaian pada wajah anda.
    11. Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Pun begitu tidak bermakna anda tidak perlu mengamalkan makanan harian yang mempunyai kandungan vitamin yang tinggi.
    12. Pastikan anda tidur 8 jam setiap hari.

Untuk berkongsi tips ini, sila klik pada butang “Share” dibawah ini sekarang.Biar kenalan anda juga mendapat manfaat.

12,957 total views, 1 views today