Home Tempat menarik Tempat makan menarik 5 keistimewaan dataran Nilai yang anda mesti tahu

5 keistimewaan dataran Nilai yang anda mesti tahu

1522
0

Dataran Nilai Negeri Sembilan Memang terkenal oleh penduduk setempat.Disini merupakan antara tempat tumpuan bagi menjalankan aktiviti riadah.Disini kami nyatakan 5 perkara yang menyebabkan ia menjadi lokasi riadah yang seronok.

Padang yang luas.

Bukan sahaja punyai padang yang luas, tetapi keadaan padangnya juga amatlah baik. Cukup selesa untuk menampung pengunjung yang ramai.Kepada keluarga yang punyai anak-anak kecil serta remaja, anda boleh merancang permainan apa yang sesuai.Contoh bermain layang layang ataupun bola sepak 6 sebelah.

Lanskap yang cantik

Buat pertama kali pengunjung datang kesini, pastinya akan teruja melihat pemandangan disini.Persekitaran yang bersih dan amat menarik.Kepada mereka yang gemar berselfie, pasti tempat ini mengembirakan hati anda.Usah lupa berselfie berlatarbelakang menara jam dan bukit yang menghijau.

Gerai sewaan alat permainan

Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, kami kongsikan berita gembira untuk anda.Di dataran Nilai ini ada perkhidmatan sewa alat permainan seperti Inline roller skate, skateboard dan tidak ketinggalan basikal 3 tempat duduk bagi mereka yang mahu mengegelilingi kawasan dataran.Kadar sewa untuk semua alat permainan adalah RM10 dengan kadar masa sehingga kedai sewa tutup.Manakala basikal RM10 untuk 30 minit.

Kemudahan restoran dan surau

Setelah penat beriadah tentunya tekak akan rasa haus ataupun perut berasa lapar.Usah risau, disini juga terdapat restoran yang dapat memahami keinginan anda setelah puas beriadah.Sekiranya anda ingin menunaikan solat, direstoran ini ada disediakan surau.

Dataran nilai

Gedung Jualan Kain

Selain perkara diatas, kawasan berdekatan punyai sesuatu yang menarik bagi kaum wanita.Tidak lain tidak bukan ialah barisan kedai-kedai kain seperti Nilai 3.Banyak pilihan kain disediakan dan ia mampu mengetarkan hati-hati wanita.

 

 23,912 total views,  4 views today

Previous articleTempat makan best di Putrajaya Sentral presint 7
Next article6 Jenis cabaran yang gempak untuk anda sahut di Taman Cabaran Putrajaya
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.