Gula selalu di pandang serong oleh kebanyakan orang.Memang benar gula adalah antara penyumbang kepada masalah gigi, masalah berat badan, masalah jantung dan diabetes.Namun, gula juga masih ada manfaatnya pada tubuh.Oleh sebab itulah kita mesti mengambilnya dalam kadar yang terkawal.

Berikut manfaat gula untuk tubuh;

Gula sebagai sumber tenaga – Ketika tubuh kekurangan tenaga, gula yang berada di dalam badan akan bertukar menjadi glukosa yang mampu diserap oleh sel tubuh untuk menghasilkan tenaga buat anda.

Baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah rendah – Kepada anda yang mengalami masalah tekanan darah rendah, anda boleh mengambil gula jenis gula batu sebagai penyelesaian.Namun ambil dalam kadar yang diperlukan sahaja.

gula

Tingkatkan kemampuan otak – Tahukah anda tanpa gula otak tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya.

Sebagai penawar depresi – Ternya dengan makan gula, ia mampu untuk menyegarkan anda dan mengelakkan anda dari depresi

Sebagai terapi – Mengikut beberapa pakar perubatan, pengambilan gula yang betul dapat menyembuhkan luka pada anggota badan dengan lebih cepat.Namun ia tidak boleh dilakukan sendiri dan ia perlu pengawasan doktor bertauliah.

18,315 total views, 1 views today