5 senarai penting untuk menjadikan perhubungan itu kukuh

78

Berikut merupakan cara untuk anda pastikan sesuatu hubungan menjadi hubungan yang kukuh bagi memastikan kejayaan dimasa hadapan lebih berkualiti.

1.Menghormati

Apabila bercakap berkenaan dengan perhubungan, semuanya dimulai dengan hormat dan mempunyai keinginan untuk menempatkan nilai pada orang lain.

Les Giblin ada mengatakan dalam karangan beliau tentang perhubungan ” Anda tidak boleh menjadikan orang lain merasa penting dalam kehadiran anda, jika anda secara rahsia merasakan bahawa dia tidak bermakna pada sesiapapun”.

Penghormatan adalah suatu tindakan yang anda harus tonjolkan kepada orang lain, bahkan sebelum mereka melakukan sesuatu untuk membuktikan. Ini semata-mata kerana mereka adalah juga manusia.

2.Pengalaman Bersama

Hormat dapat memberi asas untuk hubungan yang baik, tetapi ia tidak mencukupi. Anda tidak boleh bergaul dengan seseorang yang anda tidak kenali dan tidak mesra. Dan ini memerlukan situasi berkongsi pengalaman sepanjang masa. Dan itu bukanlah perkara mudah untuk dicapai. Ia memerlukan proses masa yang mencabar.

Brian Billick, jurulatih Baltimore Ravens, telah memenangi Super Bowl pada tahun 2001, dia ditanya tentang peluang pasukan untuk mengulangi musim kejohanan. Dia menyatakan bahawa ia akan menjadi sangat sukar. Mengapa? Kerana 25 hingga 30 peratus pasukannya berubah setiap tahun. Pemain baru tidak mempunyai pengalaman bersama dengan pasukan yang sediada.

3.Kepercayaan

Apabila anda menghormati orang lain, anda akan menghabiskan banyak masa dengan mereka demi membangunkan dan mengembangkan pengalaman bersama. Dan ini menjadikan anda berada dalam kedudukan yang sangat baik untuk membangunkan kepercayaan. Kepercayaan adalah sesuatu perkara yang amat penting untuk semua jenis perhubungan yang berkualiti tinggi.

Penyair Scotland George MacDonald mengamati, “Dipercayai adalah pujian yang lebih besar daripada dicintai.”

Ingat! Tanpa kepercayaan, anda tidak boleh mengekalkan sebarang jenis hubungan.

4.Timbal Balik

Hubungan yang berat sebelah tidak akan dapat bertahan lama. Sekiranya satu orang sahaja yang sentiasa bertindak memberi dan yang lain sentiasa bertindak sebagai penerima, maka akhirnya sesuatu hubungan itu akan hancur. Ini berlaku pada semua jenis hubungan, termasuklah perhubungan dalam pasukan.

Bagi mereka yang ingin memperbaiki hubungan, situasi timbal balik haruslah diwujudkan, supaya semua orang boleh menerima faedah 2 hala. Ingatlah untuk bertanya kepada rakan sepasukan, rakan sekerja, dan rakan anda tentang harapan, keinginan, dan matlamat mereka. Berilah perhatian penuh kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka yang anda sayangi tentang mereka.

5.Kepuasan/keseronokan bersama

Apabila hubungan berkembang dan mula menjadi kukuh, orang yang terlibat mula menikmati satu sama lain. Hanya keadaan ini sahaja boleh mengubah perkara-perkara yang tidak disenangi menjadi suatu pengalaman positif.

Bagaimana anda bertindakan sepanjang perhubungan? Adakah anda menghabiskan banyak masa dan tenaga membina hubungan yang kukuh, atau adakah anda begitu tertumpu pada hasil dan cenderung mengabaikan orang lain?

Fikirkan kata-kata bijak George Kienzle dan Edward Dare dalam Climbing the Executive Ladder: “Beberapa perkara akan membayar anda lebih banyak faedah berbanding masa dan masalah yang anda ambil untuk memahami orang. Sebagai seorang individu dan eksekutif ia tidak memberi apa-apa selain memberi kepuasan yang lebih besar atau membawa lebih banyak kebahagiaan. ” Ia menjadikan anda seorang yang sangat relational dengan membawa kejayaan kepada individu dan pasukan.

Jika anda suka artikel kali ini, jangan lupa share dan like!

432 total views, 3 views today