Sekiranya anda sukakan aktiviti lasak seperti pendakian, Taman Cabaran Putrajaya di Presint 5 pasti dapat memberi kepuasan yang tidak kurang hebatnya.

Waktu operasi

Taman Cabaran Putrajaya beroperasi setiap hari Ahad-Khamis bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.Manakala hari rabu,jumaat dan sabtu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Caj

Untuk dewasa RM6 seorang, manakala pelajar RM3 seorang.Tiada had masa.Boleh main dari mula buka hingga tamat perkhidmatan.Mana yang tidak mahu memanjat sekadar penonton, ianya Percuma.Tiada caj dikenakan.

Zon kanak-kanak

Bagi mereka yang punyai anak kecil dan ingin memberikan pendedahan awal dalam aktiviti memanjat dinding, Taman Cabaran Putrajaya pasti sesuai untuk mereka.Disini bukan sahaja untuk remaja mahupun dewasa tetapi dibina untuk kesesuaian anak-anak sebagai level pemula.

Bagi peringkat remaja dan dewasa, usah pula pergi mendaki atau memanjat di kawasan anak-anak.Ini kerana ada kawasan yang lebih luas dan sesuai.Disini terdapat 6 jenis peringkat cabaran untuk dilalui.Ikutlah kepakaran.Dari peringkat pemula hingga peringkat mahir.

Cabaran Zon A

Taman Cabaran putrajayaCabaran ini mempunyai kecondongan yang mampu menguji kekuatan mental dan fizikal anda.Biarpun ketinggiannya tidak begitu tinggi namun usah beranggap ianya mudah.Sekiranya anda mampu untuk memanjat sehingga puncak, anda memang sado!.

Cabaran Zon B

Taman cabaran putrajaya

Cabaran yang ini agak mendapat perhatian ramai pemula.Sebab kecondongannya tidaklah seperti di zon A.Ia lebih mudah namun ia agak lebih tinggi berbanding di zon A.Jika anda gayat, zon B ini memang menguji anda.Jangan risau, jika anda terjatuh pelapik lantai keselamatan mampu menyerap hentak.Ia memudahkan untuk anda terus mencuba.

Cabaran Zon C

Taman cabaran putrajaya

Cabaran Zon D

Cabaran Zon E

Taman cabaran putrajaya

Cabaran Zon F

Dari Zon C hingga Zon F memang sesuai kepada mereka yang mahir.Ini kerana ia punyai pelbagai bentuk kecerunan dan ketinggian yang memang tinggi.Ia memerlukan peralatan yang lebih lengkap seperti tali keselamatan dan pemantauan dari mereka yang berpengalaman.Pada zon zon yang ini, tiada lagi penggunaan pelapik lantai keselamatan.Justeru itu usah tersalah pilih zon!.

All the best!

19,490 total views, 2 views today