Home Pembangunan Diri Hubungan dan Keluarga 6 rahsia kehebatan dan kepuasan suami isteri waktu pagi

6 rahsia kehebatan dan kepuasan suami isteri waktu pagi

Selain malam, sebenarnya melakukan hubungan intim di pagi hari juga sama nikmatnya malah lebih istimewa dan luar biasa. Ini kerana pagi hari, anda berada dalam keadaan segar setelah semalaman merehatkan diri. Biarpun hubungan intim tidak mengenal waktu mahupun tempat, namun kenikmatan dalam melakukan hubungan intim lebih terangsang di waktu pagi.

754
0

Kebanyakan pasangan  melakukan hubungan intim pada waktu malam kerana percaya waktu malam adalah waktu yang tepat untuk bermesraan. Ini kerana ramai yang beranggapan keinginan intim akan muncul selepas menikmati makan malam.

Selain malam, sebenarnya melakukan hubungan intim di pagi hari juga sama nikmatnya malah lebih istimewa dan luar biasa. Ini kerana pagi hari, anda berada dalam keadaan segar setelah semalaman merehatkan diri. Biarpun hubungan intim tidak mengenal waktu mahupun tempat, namun kenikmatan dalam melakukan hubungan intim lebih terangsang di waktu pagi.

Hubungan intim pada pagi hari tidak hanya berfungsi sebagai penghilang ‘stress’. Sebaliknya anda mendapat lebih perhatian dan belaian  yang sepenuhnya daripada pasangan. Namun demikian, kebanyakan pasangan tidak selesa melakukannya di pagi hari kerana terpaksa terburu-buru lantaran kesuntukan masa kerana ketika itu anda perly berkejaran untuk ke pejabat atau mungkin masih merasa mengantuk.

Bagaimanapun berikut ada enam rahsia kehebatan berhubungan intim di pagi hari.

1. Bersemangat 

Kajian membuktikan bahawa tingkat hormone testoteron lelaki lebih tinggi di pagi hari. Lelaki biasanya ‘terbangun’ setelah tidur, ini bermakna kemahuan berhubungan intim lebih mudah tanpa perlu melakukan pemanasan yang begitu lama. Secara psikologi, pasangan anda ketika itu telah bersedia menerimanya. Justeru, anda tidak perlu menunggu lama untuk melakukannya.

2. Keadaan rileks

Bangun tidur adalah keadaan paling rileks. Suasana tenang waktu pagi membuatkan pasangan suami isteri lebih mudah mencapai orgasma terutama bagi perempuan. Waktu pagi seperti membuka lembaran hidup baru, kerana ketika itu tekanan hidup belum menghimpit. Bagaimanapun anda tidak perlu melakukannya terlalu kerap, sebaliknya cukup dengan hanya melakukan seminggu sekali sehingga anda menyedari keuntungannya.

Bagi anda yang sering membuat jadual dan buku acara, mengapa tidak memasukkan satu acara sangat mengasyikkan ini dalam catatan anda. Sekiranya anda dapat mengatur jadual pertemuan dengan klien anda atau juga teman anda, tapi mengapa tidak bercinta di pagi hari?

3. Mimpi 

Jika anda pernah bermimpi erotis dan sukar melupakannya, inilah cara yang tepat untuk mempraktikkannya. Anda dan pasangan boleh menciptakan imaginasi yang indah dan penuh romantic bagi menimbulkan ghairah baru dalam hubungan intim.

4. Tampil seksi

Ramai suami yang mengakui dan tertarik dengan kecantikan semulajadi isteri terutama ketika bangun tidur. Bagi mereka, wanita nampak lebih seksi di waktu pagi. Tanpa mengenakan sebarang solekan dan rambut yang terbiar tidak terurus, wanita Nampak lebih menarik dan menggoda.

5. Kualiti 

Tidak semestinya hubungan intim yang lama menjanjikan kenikmatan. Sebaliknya kenikmatan dalam hubungan intim boleh dicapai meskipun dalam masa terhad. Lazimnya di pagi hari, tubuh anda dalam keadaan bersedia. Justeru cepat atau lambat, hubungan intim pagi hari akan menciptakan sensasi nikmat yang sama.

6. Perangsang 

Menjalinkan hubungan intim di pagi hari merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Selepas melakukan, anda pasti akan tersenyum mengenangkan kemanisannya. Anda mungkin akan menelefon pasangan untuk saling berkongsi pengalaman tentang kejadian pagi tadi yang menyenangkan. Malah ini juga merupakan satu cara pengikat kasih sayang.

 8,461 total views,  1 views today

Previous articleAsal usul nama keropok Lekor yang ramai tidak tahu!
Next articleResepi kek coklat Batik paling viral dengan 6 juta tontonan
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.