Asparagus, sayurnya tidak berdaun dan boleh tumbuh sehingga 25cm dalam sehari.Asparagus berasal dari perkataan Yunani yang maksudnya “Tunas”.Ia mempunyai tekstur yang unik dan mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk badan.Asparagus adalah anggota keluarga lily (Liliaceace) yang meliputi bawang putih dan bawang merah.

Berikut 8 khasiat asparagus yang menakjubkan;

Kesihatan jantung – memandangkan ia mengandungi asid folik yang tinggi dan membantu mengelakkan dari penyakit kardiovaskular.Ia juga boleh menurunkan kolestrol jahat kerana kandungan serat dan pottassium yang dapat mengawal kadar tekanan darah dan homosistein darah.

Jauhkan dari risiko Alzheimer -Ia sayur yang kaya dengan vitamin K dan 35% mencukupi dari keperluan harian anda.Vitamin K dapat mencegah stres saraf otak dan kerosakan neuron yang menjadi penyebab Alzeimer.Malah Vitamin K turut menghindarkan gigi berlubang dan asteoporosis.

Bagus untuk pencernaan – Ia dapat mengurangkan masalah cirit-birit dan sembelit.Satunya sayuran yang mengandungi insulin dan nutrisi bakteria baik dalam usus.

asparagus

Cegah kanser – Sifat asparagus yang anti kanser kerana mengandungi glutathione iaitu antioksidan yang mampu memecahkan sel kanser dan radikal bebas.

Bagus untuk kesihatan wanita – Asid folik yang tinggi sangat bagus untuk ibu yang mengandung dan perkembangan janin.Malah ia boleh membantu dalam meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Mengurus gula dalam darah – Ia merupakan sumber vitamin B termasuk B1, B2,B3 dan B6.Vitamin ini dapat bekerjasama dengan metabolisme glukosa untuk mengatur gula dalam darah.Kadar gula darah yang stabil boleh menghindarkan anda dari nafsu makan.

Menurunkan kadar lemak –  Zat kimia yang ada dalam asparagus membantu proses detoksifikasi untuk menghilangkan toksin dalam tubuh dengan memecah asid oxalate sehingga menurunkan kadar lemak.

Kaya dengan kalium – Ia mengandungi  288mg kalium dalam per cawan.Kandungan kalium inilah yang dapat mengurangkan lemak, rendah sodium dan tiada kolestrol.Ia amat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

 

19,041 total views, 1 views today