Sakit belakang biasanya kesakitan yang dirasai pada bahagian belakang tubuh yang mana kebiasaannya berasal dari otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lain pada tulang belakang.

Sakit belakang mungkin boleh menyerang secara tiba-tiba dan boleh menjadi kesakitan kronik.Kesakitan belakang ini boleh menjadi berterusan ataupun sekali-sekala.Malah kesakitan belakang ini boleh berada pada setempat atau menjalar ke bahagian lain.

Rasa sakitnya seperti ditusuk, perit, lenguh teramat sangat sehingga ia akan mengganggu perjalanan kehidupan seharian.Pastinya ia juga akan mengganggu emosi diri seperti menjadi lesu dan malas serta terdedah kepada sikap marah.

Sakit belakang ini memang perlu dirawat segera bagi mengelakkan ia menjalar kepada bahagian tubuh yang lain seperti lengan, tangan, kaki dan tapak kaki.

Untuk titik berbekam sakit belakang adalah seperti berikut;

accu_40_2_lowerBack

accu_40_1_lowerback

 

Titik berbekam sakit belakang A:

Kebaikan: Melegakan kelemahan dan kesakitan bahagian belakang bawah tubuh.

Titik berbekam sakit belakang B & C:

Kebaikan: Titik ini juga bagus untuk melegakan kesakitan pada bawah belakang tubuh.

Titik berbekam sakit belakang D:

Kebaikan: Titik bekam ini sangat mujarab untuk kesakitan pada bawah belakang tubuh, sakit dan ketegangan pada bahagian pinggul atau tulang pinggul.

Titik bekam sakit belakang E:

kebaikan: Titik ini sangat melegakan untuk kesakitan yang berkaitan dengan lutut, ketegangan kaki, serta kesakitan bahagian pinggul.Tidak perlu dibekam darah, cukup sekadar bekam angin atau ditekan dan urut secara lembut.

 

64,833 total views, 9 views today