stress

Apa itu stress?

Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, ‘tension’ atau tegang.

Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada ‘mood’, atau kita tiada minat untuk belajar.

Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan, tekanan dalam rumahtangga, tekanan dalam pekerjaan atau stress dalam perhubungan sosial.

stress

Kesan akibat Stress

Perubahan Fizikal

  • Sakit
  • Terlalu kurus / gemuk
  • Hilang keceriaan diri
  • Lesu / letih
  • Terlalu / tidak langsung berhias
  • Agresif
  • Suka mengelamun
  • Sering lupa
  • Mengasingkan diri

 

Perubahan Sikap

  • Mudah marah
  • Mudah bosan
  • Tidak mampu menguruskan diri / kerja
  • Suka Mengalihkan kemarahan
  • Sentiasa berpandangan negatif
  • Hilang pertimbangan / separa sedar

 

Perubahan Emosi

  • Terlalu cemburu
  • Penyedih dan sensitif
  • Terlalu gembira / riang
  • Ego dan mementingkan diri
  • Kemurungan
  • Kerisauan / kebimbangan

 

Tips menyelesaikan / mengurus masalah stress

Langkah 1: Mengenali punca-punca tekanan:

  • Kurang Kemahiran
  • Kurang Ilmu
  • Kurang Komunikasi
  • Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
  • Pengurusan Masa tidak cekap
  • Masalah keluarga/kewangan dll

 

Langkah 2:  Ambil tindakan pemulihan

  • Menghadiri kursus
  • Dapatkan bantuan pakar
  • Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll sesuai dengan punca masalah
  • lakukan terapi fizikal, mental dan spritual¬† seperti solat tahajud, bekam sunnah atau Terapi Reiki

 

 

18,476 total views, 3 views today