Air terjun Berkelah Maran Pahang. Tempat yang mesti kunjung!

102

Air terjun Berkelah Maran Pahang. Tempat yang memang menarik untuk di kunjungi oleh kumpulan yang meminati air terjun. Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran, Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan.

Kepada mereka yang sukakan cabaran dan keseronokan tempat ini memang sesuai untuk anda. Untuk sampai ke lokasi air terjun yang dikongsikan, anda perlu lalui proses sedikit pendakian. Biarpun penat namun anda akan sangat berpuas hati.

Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun. Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter.

Sekiranya anda suka dengan artikel ini, sila like dan share untuk pastikan rakan-rakan anda juga tahu tempat Air terjun Berkelah Maran Pahang.

3,421 total views, 4 views today