makeup set, solekan

Tentunya setiap wanita ingin kelihatan lebih cantik.Selain untuk lebih dihargai, wajah yang cantik meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita ketika berhadapan dengan rakan-rakan mahupun insan yang dicintai. Sebelum anda berhabis duit untuk membeli set solekan kecantikan, apa kata anda kenali terlebih dahulu peralatan yang terlibat dalam solekan kecantikan wajah.

Replaceable sponge tip applicator.
Produk ini sesuai untuk aplikasi pembayang mata.Spannya yang lembut menjadika solekan tampak rapi.

Angle brush
Ia amat sesuai untuk melukis dan membentuk kening. Disarankan diguna bersama ‘powder shadow’ atau untuk melembutkan kesan lukisan pensil mata/kening.

Large shader
Berus besar ini sesuai untuk aplikasi bedak kompak atau debu.Selain itu berus besar mampu membuang lebihan bedak di permukaan kulit dengan kemas dan berkesan.

Definer brush
Fungsinya adalah untuk melukis atau merapikan garisan yang dilukis dengan pensil atau pembayang mata.

Fine point pencil brush
Bentuknya yang hamper sama dengan pensil sesuai digunakan untuk merapi atau melembutkan kesan solekan pembayang mata atau pensil. Ia amat sesuai untuk solekan gaya ‘smokey’ yang menghasilkan efek yang lembut.

Concealer brush
Concealer brush amat penting pada tahap awal solekan. Ia digunakan untuk aplikasi penutup cela seperti parut atau gegelang hitam di sekitar mata.

Stippling brush
Stippling brush sesuai untuk aplikasi bedak atau pemerah pipi.Gunakan untuk mendapat kesan solekan paling natural.

Eyeliner brush
Ia bukan sekadar berus alis mata biasa. Produk ini amat sesuai digunakan untuk aplikasi ‘krim liner’.

LG angle contour
Paling sesuai digunakan untuk teknik ‘shading’ bagi membentuk wajah.Berus ini juga boleh digunakan sebagai aplikasi pemerah pipi.

Retractable lip brush
Sebagai aplikasi pewarna dan pengilat bibir,berus ini juga sesuai untuk membentuk bibir dan mendapatkan warna yang lebih sekata

Semoga ia memberi manfaat.Sila tekan butang “Share” untuk berkongsi kebaikan dengan kenalan anda..

13,135 total views, 2 views today