Ramai diantara kita pekerja yang masih tidak melakukan urus kerja yang berkualiti.Ini menyebabkan sering berlaku tekanan dalam menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Berikut dikongsikan 6 kaedah untuk membolehkan anda merancang kerja harian di tempat kerja.
1. Utamakan tugasan yang lebih penting dan segera.
Anda perlu mengutamakan segala kerja yang lebih penting dan bersifat segera agar di masa hadapan anda tidak terkial-kial menyiapkan segala tugasan. Ubah kelaziman anda yang gemar mengutamakan tugasan yang lebih mudah kerana tugasan yang lebih sukar perlukan perhatian yang lebih mendalam dan ia perlu disiapkan terlebih awal. Pecahkan tahap tugasan anda kepada 3 pecahan:
i. Segera dan penting: Laksanakan terlebih dahulu.
ii. Tidak begitu penting dan segera: Laksanakan sebaik sahaja selesai tugasan yang lebih segera dan penting. Tapi anda masih perlu melaksanakannya agar prestasi kerja dan kebolehan anda terserlah.
iii. Segera tetapi tidak begitu penting: Anda masih boleh melaksanakannya tetapi anda digalak melaksanakan tugasan yang lebih penting terlebih dahulu.
2. Buat jadual dan senaraikan tugasan harian
Buat jadual harian dan senarai perkara yang perlu dilaksana dan lekatkan di tempat yang mudah dilihat setiap hari. Jika anda berjaya melaksanakan tugasan, tandakan ‘’ kerana ia adalah satu motivasi diri kepada anda agar berusaha melaksanakan tugasan seterusnya.
3. Elakkan gangguan ketika anda sedang melaksanakan tugasan anda
Gangguan tidak dapat dielakkan.Biasanya gangguan datang daripada teman sekerja, panggilan telefon, dan berbagai masalah lagi.Oleh itu anda perlu menganggarkan masa gangguan yang terpaksa dilalui setiap hari agar kerja-kerja anda tidak tergendala.
4. Bersikap realistik
Anda perlu bersikap lebih realistik.Jangan merangka jadual atau senarai kerja harian yang keterlaluan dan tidak mampu anda laksanakan.Ia mungkin indah dipandang di atas kertas tetapi realitinya anda tidak mampu untuk melaksanakannya dan akhirnya ia akan memberi tekanan kepada anda.
5. Tepati masa memulakan setiap tugasan.
Pastikan anda sentiasa menepati masa dan tidak membohongi diri sendiri.Cuba jadikan ketepatan masa suatu cabaran dalam perlaksanaan tugasan anda.Ketika merangka jadual, anggarkan masa yang diambil untuk menyiapkan setiap tugasan. Dengan cara itu anda dapat menjangka masa anda dapat menyiapkan sesuatu tugasan.
6. Jangan suka bertangguh
Laksanakan segala tugasan sekiranya anda berpeluang untuk berbuat demikian.Jangan biasakan diri mengatakan anda tidak boleh memulakan kerja dan perlu berehat seketika untuk mendapatkan ‘mood’ bekerja.Katakana pada diri anda bahawa tiada suatu perkara di dunia yang anda tidak dapat lakukan.
19,608 total views, 1 views today