Keropok lekor
Sumber Gambar : tempatmenarik.my

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan “Lekor” bermaksud “Lingkar” dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan “ar” kepada “or” di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.

Pantang larang Keropok Lekor

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan baunya mencemari makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.

PEMBEKAL KEROPOK LEKOR

Diwaktu ini, untuk mendapatkan ♥Bekalan Keropok Lekor♥ yang sedap, rangup dan tidak gatal dilidah memang menjadi permintaan tinggi.Walaupun begitu untuk mendapatkan  keropok lekor yang rangup, sedap dan tidak gatal dilidah memang agak sukar dipasaran.Tidak ramai pembekal yang dapat memenuhi permintaan Bekalan Keropok Lekor mengikuti citarasa pasaran semasa.

Kepada mereka yang tinggal dikawasan Selangor dan Kuala Lumpur bolehlah dapatkan  Bekalan Keropok Lekor dari Koperasi Seri Cheeding.Yang mana Koperasi ini ada menyediakan penghantaran sehingga ke pintu rumah atau pejabat/ tempat kerja.

 

11,274 total views, 2 views today