Salah satu yang menyebabkan anak menjadi gemuk sebenarnya bukanlah kerana anak kuat makan, tetapi berpunca daripada minuman manis seperti minuman bergas. Kecenderungan anak untuk minum minuman manis lebih teruk, lebih-lebih lagi ia mudah didapati di mana-mana sahaja. Walaupun hanya minum satu atau dua gelas minuman sebegini setiap hari, tetapi ia tetap dapat menambah berat badan anak sehingga beberapa kilogram.

Kenaikan berat badan pada anak akan membawa banyak masalah terutama terhadap tahap kesihatannya. Risiko penyakit seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, gangguan paru-paru dan sebagainya mungkin dihadapi oleh anak-anak. Malah, anak-anak juga berisiko menghadapi masalah sosial dan psikologi berikutan daripada masalah kegemukan dan kesihatan yang dihidapinya.

juice_PNG7153

Ini terbukti apabila kajian yang dilakukan terhadap lebih daripada 10 ribu anak yang berusia antara dua hingga tiga tahun. Berat badan dan ketinggian, kesemua responden kanak-kanak ini diambil. Mereka juga diminta memberitahu jenis-jenis makanan yang digemari.

Selepas setahun kajian ini dilakukan, pemeriksaan dilakukan kembali. Ukuran berat dan tinggi serta kekerapan mengambil minuman manis dan sebagainya juga diambil sekali lagi.

Hasilnya mendapati bahawa untuk anak-anak yang mempunyai berat badan normal, pengambilan minuman manis akan menjadikan anak-anak berisiko untuk mengalami berat badan berlebihan. Sedangkan, anak-anak yang telah mempunyai risiko untuk gemuk, berat badannya menjadi 2 kali ganda lebih berat.

Mengurangi pengambilan minuman ringan dan jus buah-buahan pada anak-anak, merupakan salah satu cara mencegah terjadinya kegemukan pada anak.Sekaligus dapat membantu mengelakkan pelbagai risiko penyakit yang mengancam kesihatan

18,537 total views, 1 views today