Berapa lamakah teknik ikrar posistif ini berkesan dan berhasil?

47

Hasil atau perubahan yang dibawa oleh ikrar positif adalah  bergantung kepada isu yang anda mahu selesaikan dan sejauhmana tekad anda untuk mengubah isu tertentu dalam hidup.

Ikrar positif akan bekerja lebih cepat apabila anda sudah bersedia untuk membuat perubahan dan apabila minda anda sentiasa fokus ke arah matlamat. Sebaik sahaja anda bersedia untuk menerima perubahan dan percaya ia sesuai untuk anda, maka perubahan itu akan menjadi kenyataan.

Oleh itu, masa bukanlah persoalan. Persoalannya melibatkan bagaimana anda, secara peribadi, menerima perubahan.

Berapa lama?

Ikrar positif mesti dilakukan sehinggalah perubahan yang anda inginkan nyata dalam hidup.Ikrar boleh dilakukan pada bila-bila masa, terutamanya jika anda berasa lemah atau cemas.

Walau bagaimanapun, ikrar juga boleh terus dilakukan, walaupun anda rasa matlamat sudah dipenuhi.

Apabila anda merasa kecewa, anda perlu melakukan ikrar bagi meningkatkan semangat. Apabila anda berasa gembira, anda perlu melakukan ikrar sebagai tanda terus bersyukur.

Ikrar positif boleh dilakukan pada bila-bila masa dan selagi anda berhajat untuk membuat sebarang perubahan.

Jangan Lupa Share dan like

382 total views, 2 views today