Kita sering dinasihatkan agar makan lebih banyak buah-buahan setiap hari.Disarankan sekurang-kurangnya makan sebanyak lima sajian hidangan buah-buahan dalam sehari.Namun dengan keterbatasan waktu menyediakan buah-buahan ini membuatkan ramai yang lebih gemar memilih buah-buahan dalam bentuk jus atau pati buah.

Menurut pakar pemakanan menyarankan pengguna memilih minum jus buah-buahan yang tepat untuk mendapatkan vitamin, mineral dan serat yang cukup dari pati  atau jus buah-buahan.

pati buah

Pati/Jus buah

Jenis ini merupakan cairan yang diperolehi dari buah-buahan sama ada buah-buahan tunggal atau campuran daripada beberapa jenis buah.Jumlah keseluruhan jus buah-buahan tersebut adalah 100 peratus, dan ia diperolehi daripada proses penghancuran buah.

Jus buah segera

Jenis ini merupakan pati buah yang telah dicairkan dengan air.Kandungan keseluruhan buahnya secara minimum adalah 35 peratus, beserta penambahan gula atau tidak.

Minuman berperisa buah-buahan

Jenis ini pula merupakan jus buah yang telah ditambahkan dengan air, namun dengan jumlah kandungan jus buah minimum 10 peratus.Di dalam minuman ini umumnya ditambahkan bahan-bahan lain seperti pewarna, perasa makanan tambahan dan sebagainya.

Untuk mengelakkan minuman berperisa buah ataupun jus buah ini tidak memberikan kesan lain seperti menambah jumlah kalori yang tinggi dalam pengambilan kalori harian anda, pilihlah buah-buahan  yang tidak mengandungi gula yang terlalu tinggi.

Anda juga boleh menilai jenis minuman buah yang paling sesuai untuk anda.Jika anda ingin minuman dengan kandungan  vitamin dan mineral yang masih lengkap, anda boleh memilih jus buah.Namun jika anda ingin minuman sebagai salah satu cara untuk menikmatinya dan memenuhi cita rasa anda (bukan memenuhi keperluan nutrisi), anda boleh memilih minuman berperisa buah-buahan.

12,756 total views, 1 views today