Masih ramai yang memandang remeh dan belum menyedari pentingnya mandi yang betul dan sempurna.

Jom kita semak 10 tips yang sempurna bagi mereka yang mahukan kulit badan yang segar dan menawan.

1) Sebelum masuk ke dalam tab mandi, sapukan pelembab jenis berminyak keseluruh badan.langhkah ini perlu untuk membantu melembut dan melicinkan kulit agar proses menanggalkan kotoran dan sel mati menjadi mudah.

2) Setelah masuk dalam tab mandi cuci tubuh seperti biasa gunakan batu ‘pumice’ untuk menanggalkan kotoran, bakteria dan sel-sel kulit mati.

3) Jangan terlalu kasar dan rakus menggosok tubuh ketika mandi.Anda juga tidak digalakkan menggosok tubuh didalam air terutama air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi kering.

4) Pastikan anda memanjakan kulit.Gunakan span mandi yang lebih lembut untuk menggosok agar tubuh tidak cedera.

5) Kehilangan lembapan pada tubuh dan kulit ketika mandi menjadikan kulit kering.Elakkan penggunaan air panas kerana ia menyebabkan kulit anda hilang kelembapan dan kering.

diy-coffee-scrub1

6) Jangan menggunakan sabun sebarangan sebaliknya pilih sabun yang punyai kandungan pH yang sesuai dengan keperluan kulit.

7) Sabun susu sering dilihat sebagai agen pelembab kulit.Namun tidak semua sabun susu berkualiti tinggi.Pastikan ia bersesuaian dan tidak merengsa kulit.

8) Selepas mencuci wajah, jangan lupa pastikan bahagian belakang tubuh juga dapat penekanan yang sama.Gunakan produk kecantikan seperti ‘mask scrub’ pada bahagian tersebut.

9) Ketika mengelap atau menggosok wajah atau tubuh gunakan tuala yang yang lembut dan jangan gosok terlalu kuat.Ini kerana akan dibimbangi boleh akibatkan kehilangan kandungan minyak semula jadi.

10) Terus pakai pelembab kulit yang bersesuain sebaik sahaja selesai mengelap.Pelembab yang disyorkan adalah jenis berminyak.

Semoga mendapat kulit yang menawan hati!

8,921 total views, 1 views today