Diabetes kebiasaannya memang sukar untuk dikesan diperingkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara biasa dan ringan yang boleh diabaikan.Jangan pandang ringan kepada penyakit ini kerana bermula dari diabetes akan datang pelbagai jenis penyakit kronik lain dan boleh membawa kepada maut.

Diabetes adalah sejenis penyakit yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia.Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.Seseorang yang menghidap diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah dan akan membawa kepada banyak jenis genjala dan masalah lain.

Penyebab

Selain faktor keturunan, terdapat juga faktor yang lain menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu kawalan pemakanan manis yang tidak terkawal seperti berlebih minum air manis, gula dalam masakan yang tinggi dan tidak mengamalkan 8 gelas air kosong.Malah faktor kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya juga dikenalpasti menjadi punca diabetes.  Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur.Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit diabetes dikalangan orang muda.

Awasi 8 genjala ini;

  • Berat badan turun tanpa sebab
  • kerap membuang air kecil
  • Kerap dahaga
  • Penglihatan mata yang semakin lemah
  • Anda kerap berasa cepat letih dari biasa
  • Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya pada leher
  • Kerap berasa lapar walaupun sudah makan banyak
  • Jika anda luka, penyembuhan ambil masa yang panjang untuk sembuh

20,384 total views, 3 views today