Hiking di Air terjun Pelangi Sungai Lembing, Pahang

101

Hiking di Air terjun Pelangi Sungai Lembing, Pahang. Kepada yang suka hiking dan cabaran bukit ataupun gunung lokasi ini memang tempat yang mesti dikunjungi dan ditawan.

Hiking di Air terjun Pelangi Sungai Lembing, Pahang memang mempunyai daya tarikan semulajadi yang cukup dan menggembirakan. Mendapat nama daripada fenomena pelangi yang memang melatari air terjun ini.

TIPS MENDAKI AIR TERJUN PELANGI
  • Pastikan pemandu pelancong ialah yang berdaftar, bertauliah dan profesional
  • Patuh dan pastikan jelas pada setiap arahan pemandu pelancong
  • Pastikan memakai pakaian sukan, terutama kasut yang sesuai (di Pekan Sungai Lembing terdapat kedai menjual kasut yang sesuai)
  • Bawa beg kalis air yang tahan lasak untuk simpanan barang elektronik dan lain-lain
  • Elakkan membawa barang yang tidak perlu
  • Bawa bekal makanan (sekiranya perlu) dan setidak-tidaknya sebotol air mineral
  • Dan di mana-mana sekali pun, jagalah tingkah laku dan bicara 
  • Untuk dapatkan pemandangan pelangi yang lebih besar dan menakjubkan, pastikan anda tiba pada jam lebih kurang 9 dan 10 pagi.

Jika anda suka dengan artikel ini, sila klik butang Share dan Like untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan kenalan lain.

4,729 total views, 10 views today