Hotang atau tokkebi ni adalah salah satu korean street food yang popular selain corn dog. Sebenarnya tokkebi ni lebih kurang macam corn dog juga cuma bezanya ia disalut dengan kentang. Kentang ni boleh guna readymade french fries ataupun kentang biasa. Kalau nk guna kentang biasa rebus dahulu kentang sehingga separuh masak. Adunan salutan tepung hendakla dibuat sedikit pekat supaya kentang tidak jatuh (boleh tambah sedikit tepung jika adunan terlalu cair). Adunan juga boleh ditambah dengan pelbagai bahan atau perasa yang lain mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!?
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan susu penuh krim
sosej
kentang goreng sejuk beku
————————————————————————-
Ingredients:
1 cup wheat flour
4 tablespoon corn flour
1 tablespoon sugar
1 Egg
1 teaspoon baking powder
1/2 tsp salt
1/2 cup full cream milk
sausage
french fries
7,584 total views, 1 views today