Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi masakan daripada Sabah iaitu ikan masak ampap. Resepi ni memang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Rasanya pun sangat sedap. Dalam resepi ni, mangga muda digunakan untuk memberi rasa masam pada ikan. Resepi asalnya menggunakan air asam jawa, tapi penggunaan mangga muda dalam resepi ini memberi sedikit kelainan pada rasanya dan hasilnya lebih sedap. Kalau tak ada mangga, boleh gunakan je air asam jawa. Yang penting rasa masam, masin dan pedas perlu seimbang. Sukatan bahan-bahan yang saya sediakan ni untuk hidangan 2 orang makan. Boleh ubah mengikut selera masing-masing. Pada yang belum pernah makan resepi masakan Sabah ni, jangan lupa cuba.
#KnorrMaBaharu
#RamadanBersamaKnorr
#30hari30resipi
Bahan-Bahan
1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
½ Inci Kunyit Hidup
½ Inci Halia
5-6 tangkai Cili Padi
Minyak Masak
1 batang Serai
Knorr Pasti Sedap secukupnya
Air
2 ekor Ikan kembung
Mangga Muda Masam
[English]
Ingredients
1 Onion
2 Cloves Garlic
½ Inch Turmeric
½ Inch Ginger
5-6 Bird’s Eye Chilli
Cooking Oil
1 Lemongrass
Knorr Pasti Sedap to taste
Water
2 Mackarel
Unripe Manggo
1,612 total views, 2 views today