pendakap gigi braces

Bagi mereka yang mempunyai masalah susunan gigi yang kurang menarik, rawatan melalui kaedah pendakap gigi atau braces adalah pilihan yang terbaik ketika ini.Namun bagi mereka yang berminat untuk memasang pendakap gigi atau braces, ketahuilah terlebih dahulu jenis-jenis pendakap gigi yang berada di pasaran sebelum melakukan proses pemasangan.

# Besi ( Staineless Steel)

Pendakap jenis ini umumnya mempunyai 2 jenis warna iaitu perak dan emas.Bagi mereka yang mementingkan harga, pendakap jenis ini memang menjadi pilihan tertinggi kerana murah daripada jenis yang lain.Ia elastik, membolehkannya ditukar pada bila-bila masa sahaja.

pendakap gigi braces

# Seramik (ceramic or tooth coloured braces)

masih lagi di bawah kategori jenis pendakap tradisional, seramik lebih cantik daripada besi.Paling utama ia tidak jelas kelihatan pada jarak jauh.Anda juga rasa lebih selesa apabila makan kerana sisa-sisa makanan sukar untuk terlekat di celah-celah pendakap. Ada sesetengah individu tidak mampu menahan kesakitan apabila menggunakan pendakap gigi seramik kerana ia memberikan tekanan yang kuat pada struktur gigi.

# Jernih ( clear inspire sapphire braces)

Pendakap gigi ini lebih kurang sahaja dengan jenis seramik tetapi lebih jernih dan sukar untuk dilihat walaupun melalui jarak yang dekat.Maka ia amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai gigi putih berseri.Keadaan dawai besi  (bracket) yang sungguh terperinci ini tidak memudahkan keregangan dan juga kekotoran dalam jangka waktu yang singkat.Rawatannya juga memakan masa berbulan-bulan untuk menjaga kualiti dan kebersihan oral.

 

 

23,353 total views, 13 views today