Ramai yang beranggapan, untuk kelihatan cantik harus mengeluarkan belanja yang mahal dengan membeli produk kecantikan dan rawatan kecantikan terkini.Tapi semuanya tidak akan menjadi jika asas penjagaan kulit wajah tidak diberi perhatian.Antaranya adalah tiga perkara seperti dibawah ini.

Tips kecantikan : Buang sel kulit mati

Ramai beranggapan, sel kulit mati perlu dibuang dari kulit wajah untuk kecantikan, namun tahukah anda di sebalik itu ada kebaikan sel kulit mati.Ini kerana ia membantu melindungi kulit wajah dari pencemaran dan bakteria.Sebaiknya untuk menanggalkan sel kulit mati, lakukan skrub setiap 2 minggu sekali, bukannya setiap hari demi menjaga kecantikan kulit wajah.

HIndari memilih skrub wajah jenis yang memiliki partikel yang besar dan tajam.Ini kerana ia mudah menyebabkan kulit muka mudah luka.Sebaiknya pilih produk yang mengandungi alpha hydroxy, glycolicm atau skrub yang diperbuat dari beras.

Sekiranya kulit gatal-gatal, kemerahan atau iritasi, itu tandanya produk itu tidak sesuai dengan kulit dan hentikan penggunaannya dengan segera sebelum kulit anda menjadi bertambah teruk.

petua-memerahkan-kulit-muka-wajah

Tips kecantikan : Bersihkan muka 2 kali sehari

Akan tetapi jika jarang memakai mekap atau tidak memakai mekap sama sekali terutama ketika berada dirumah tanpa melakukan aktiviti luar, tidak akan menjadi masalah apabila hanya membasuh muka satu kali sehari.

Penggunaan produk kecantikan seperti pembersih muka lebih 2 kali boleh menghilangkan kandungan natural muka, selain membuatkan kulit menjadikering dan kehilangan kelembapan alaminya, sekaligus memudahkan bakteria melekat.

Tips kecantikan : Pilih produk kecantikan sesuai

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat seharusnya menggunakan produk kecantikan bebas minyak.Namun begitu ada produk bebas minyak tidak menjamin bahawa kulit tidak akan berjerawat jika menggunakannya.

Satu lagi perlu di ketahui, sekalipun memiliki kulit berminyak,  kulit masih memerlukan kelembapan.Jika hindari penggunaan produk kecantikan  yang mengandungi minyak akan menjadikan kulit menjadi kering.

15,261 total views, 2 views today