Tempoh  hari selepas hantar anak pergi kelas tambahan, saya dan isteri mencari- cari tempat untuk sarapan pagi.Cadangan awal hendak pergi sarapan di Kawasan perindustrian Telok Panglima Garang, namun dalam perjalanan isteri mencadangkan lokasi baru untuk bersarapan pagi ini.

Lokasi tersebut….

kedai makan imam muda

Ya, warung imam muda, Jalan kebun Shah Alam.

Lokasi

Warung Imam Muda, terletak di Jalan Haji Hussin, Kampung Jalan Kebun
Shah Alam. Jika dari tempat tinggal saya, ia memakan masa lebih kurang 25 minit.

Memandangkan perjalanan waktu itu di waktu pagi dan sejuk, tempoh 25 minit bagaikan 10 minit sahaja.Lebih-lebih lagi tekak dan perut sudah tidak sabar menjamu sarapan.

Perlu diingatkan siapa yang mahu menjamu disini, warung Imam Muda ini di tepi jalan sahaja namun bukanlah di tepi jalan utama.

Menu

Setiba di warung Imam muda dengan bantuan google map, saya dan isteri memilih tempat duduk makan diluar bumbung utama warung.Sebabnya mahu udara yang lebih nyaman.

Menu yang kami pilih pada pagi tersebut adalah  set lempeng ,Nasi lemak ayam berempah dan airnya Teh O lipton pudina.

Set lempeng Imam MudaLempeng imam muda

Nasi lemak berempahNasi lemak berempah

Layanan

Nampaknya layanan, saya kategorikan biasa sahaja.Pekerja masih kurang perihatin dengan kehadiran pelanggan.Pelayan datang ke meja saya agak lambat jika hendak dibandingkan dengan kepantasan layanan di kedai mamak.

Menu pertama yang datang dulu adalah air dan juga lempeng.Namun untuk nasi lemak berempah agak lambat sehingga terpaksa menunggu agak lama disebabkan perlu menunggu nasi lemak tanak.

Kecewa dan hampa

Menunggu nasi lemak berempahnya sudah memgambil masa, apa yang lebih mengecewakan adalah nasi lemak yang dihidangkan kepada kami pada ketika itu pula tidak cukup masak atau tanak.Nasi masih terasa mentah di beberapa bahagian.

Teh O pudina juga tidak begitu memerangsangkan.Masih banyak yang perlu diperbaiki agar selari dengan Populoriti nama Imam Muda.

Pengubat hati

Namun ada juga perkara yang menyenangkan hati.Antara perkara tersebut adalah kemesraan dalam layanan dan juga set lempengnya.

 

21,083 total views, 3 views today