Adakah anda risau dengan adanya banyak tahi lalat.Bimbang dengan kenyataan doktor yang memberitahu tahi lalat juga boleh bertukar menjadi kanser?Bagaimanakah ciri-ciri tahi lalat yang merbahaya?

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya.Meskipun ia hanyalah kepercayaan semata mata tanpa asas yang kukuh, namun ia menyeronokkan untuk dikaji.Lebih-lebih lagi ia dipercayai dapat membongkar rahsia tahi lalat pada individu itu.

Sebagai contoh orang tua dahulu mengatakan rahsia tahi lalat bagi mereka yang punyai tahi lalat di bibir atas kanan  murah rezeki dan pandai.Manakala rahsia tahi lalat bagi mereka yang punyai tahi lalat di hujung mata kanan adalah seorang yang baik hati dan sopan.

Tapi tak kurang juga yang menyifatkan tahi lalat sebagai kecacatan pada kulit.Ini kerana rahsia tahi lalat yang tumbuh besar atau terlalu banyak dan berada pada kedudukan tidak sepatutnya boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri.Dari istilah perubatan tahi lalat di kenali sebagai Nevus pigmentosus.

tahilalat

Memiliki ciri khusus umum berwarna coklat atau hitam yang menandakan terjadinya penumpukan pigmen.Tapi ada juga tahi lalat yang berwarna sama dengan warna kulit seseorang.Meski tidak dapat dikategorikan sebagai “penyakit”, namun terkadang kita jumpai orang tua yang memiliki banyak tahi lalat, anaknya pun punya banyak tahi lalat.Secara berselorohnya maka banyaklah dia memiliki rahsia tahi lalat.

Terdapat 2 jenis tahi lalat iaitu yang wujud semasa lahir atau sewaktu membesar.Antara penyumbang kepada kewujudan tahi lalat sewaktu membesar ialah sinaran matahari.Faktor keturunan juga tidak boleh dipandang remeh kerana banyak keluarga mempunyai tahi lalat tipikal yang boleh dikaitkan dengan melanoma atau kanser kulit.

Tahi lalat boleh menjadi bahaya jika terdapat perubahan dari aspek warna, ketinggian, saiz atau bentuk.Misalnya tahi lalat yang punyai diameter lebih besar dari pemadam pensel atau yang mempunyai bayang warna pelik seperti biru, putih atau merahatau yang mempunyai  tekstur kasar dan menggerutu.Sekiranya seseorang mempunyai tahi lalat sebegitu, dinasihatkan supaya membuangnya.

Ciri-ciri tahi lalat yang berbahaya

  • Warnanya berubah menjadi lebih gelap atau tidak homogen
  • Bentuknya menjadi tidak lagi beraturan
  • Bertambah besar dengan cepat dalam beberapa waktu terakhir
  • Jaringan kulit di sekitarnya kemerahan
  • Terasa gatal dan perih
  • Mudah berdarah jika tersenggol

9,380 total views, 1 views today