Home Tempat menarik Tempat makan menarik Kenapa semakin ramai berkunjung ke Nasi lemak sotong Banting!

Kenapa semakin ramai berkunjung ke Nasi lemak sotong Banting!

1519
0

Sekiranya anda datang ke Bandar Banting, jangan lupa untuk mencuba tempat makan yang menarik dan sedap iaitu Nasi lemak Sotong! Gelaran ini memang sinonim dengan penduduk sekitar dan pelanggan tetapnya.Biarpun lokasinya menimbulkan kontroversi namun kehadiran pelanggan ke kawasan tersebut di waktu pagi untuk bersarapan memang mengejutkan.

Bagi peminat Nasi Lemak dan sesiapa yang mencari nasi lemak yang sedap untuk menu sarapan pagi, Nasi Lemak Sotong memang bakal memuaskan selera anda sekeluarga.Atas pemerhatian, disebabkan nasi lemaknya yang sedap menyebabkan pelanggan tidak kisah dengan kedudukan longkang besar yang bersebelahan premis.Lagipun longkang yang dikatakan itu TIDAK mengeluarkan bau busuk.Sekadar warna air tidak jernih.

Nasi lemak longkang

Menu utama disini memanglah nasi lemak dan menu pelengkapnya ialah sambal kerang dan sambal sotong.Ini memang menjadi pilihan utama pelanggan yang berkunjung. Kedua-duanya sedap dan berbaloi.

SAM_4576

Selain kerana tempatnya yang unik, rasanya yang sedap, harganya juga sangat berbaloi.Umpama pepatah menang membeli menang memakai.Untuk air 5 gelas, nasi lemak 5 pinggan, lauk sambal sotong semangkuk kecil dan semangkuk lauk sambal kerang 2 mangkuk baru RM20.00 lebih.Memang murah dan berbaloi.

SAM_4577

SAM_4574

SAM_4578

Selamat mencuba!

 26,482 total views,  1 views today

REVIEW OVERVIEW
Memang sedap
Previous articleKetahui tentang kereta kabel terbaik dan terpanjang didunia!
Next articleRahsia disebalik lagenda telaga tujuh langkawi
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.