Adakah anda kerap sakit kepala, pening, kerap lupa, kelesuan, wajah kelihatan tua sebelum usia, cepat penat, selalu selsema dan batuk, kemorosatan atas penglihatan dan pendengaran, tekanan darah tinggi atau rendah, tinggi gula atau rendah gula, pembuangan air besar tidak lawas atau sebarang simtom kemorosotan upaya tubuh badan.

Ditambah dengan sukar tidur, sukar mendapatkan tidur yang lena, sering berdebar, sering dan mudah takut atau sukar memberi tumpuan?

Jika ya! Anda harus ketahui 4 punca toksin penyebab semua perkara diatas berlaku.

1. Makanan dan minuman

Memang tidak asing, makanan dan minuman merupakan punca toksin yang mudah terjadi pada tubuh.

Berlebih dalam pengambilan lemak dan berlebih memakan daging dari haiwan seperti ayam, daging lembu, pengambilan karbohidrat dari beras putih, tepung gandum guna peluntur atau berlebih dalam pengambilan makanan laut merupakan punca toksin yang populor.

Malahan makanan dalam tin, pewarna dan perisa makanan, garam, makanan minuman segera juga penyumbang toksin.

2.  Udara dan pernafasan

Toksin diserap ke tubuh melalui pernafasan juga.Contoh asap kenderaan bermotor, pencemaran asap kilang, karbon monoksida dan dari habuk.

Malahan punca toksin datang dari bahan- bahan dalam rumah seperti agen bahan cuci, bahan peluntur, antiseptik mahupun agen pewangi.

3. Bahan pencemaran dari medan elektronik

Walaupun tidak kelihatan, namun ia tetap wujud dan memberi kesan toksin kepada tubuh. T.V, radio, smart phone, microwave oven, menara telefon dan semua perkakasan yang mempunyai medan elektronik.

4. Emosinal toksin

Pengalaman dari selepas atau sebelum kelahiran, trauma semasa zaman kanak-kanak ( kritikan dan terabai), trauma pemedahan, marah, rendah keyakinan diri, kehilangan seseorang yang disayang dan seumpamanya.

Kawallah 4 punca toksin yang merosakkan tubuh badan, fizikal dan mental. Perlu diketahui, toksin akan memusnahkan nutrisi yang terkandung dalam pemakanan tambahan.Biarpun makanan tambahan itu dibeli dengan nilai yang mahal.

14,003 total views, 4 views today