Home Sihat + Cantik Tips Kesihatan Ketahui 5 punca utama urat kaki timbul dan rawatannya

Ketahui 5 punca utama urat kaki timbul dan rawatannya

22305
0

Usah mengambil mudah soal ini, atasi segera masalah urat kaki timbul.Kenali punca dan amalkan tip berikut untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan urat kaki.

PUNCA;

  • Duduk atau berdiri terlalu lama menyebabkan otot dan urat menjadi tegang
  • Pertambahan berat badan
  • Faktor usia menyumbang kepada masalah urat timbul
  • Keturunan
  • Kehamilan

Tips dan rawatan;

#Tinggikan kedudukan kaki

ketika tidur malam, tinggikan kedudukan kaki.Lapik kaki dengan bantal, ia bukan sahaja memberikan keselesaan malah membantu melancarkan perjalanan darah

#Rendam dalam air suam

Rendam kaki dalam baldi atau besen yang mengandungi air suam.Bagi mendapatkan manfaat terbaik, campurkan air suam dengan garam bukit.Rendam kaki selama 15 hingga 20 minit.Air rendaman ini dapat membantu merehatkan kaki yang letih, membuang toksin. meredakan tekanan dan membantu melancarkan perjalanan darah.

#Gunakan stokin khas

Ketika tidur malam atau berada di dalam bilik penghawa dingin, gunakan stokin khas untuk melindungi kaki dan mengelakkan kesejukan.Stokin juga dapat mengelakkan angin memasuki tubuh.Namun jangan sesekali memakai stokin ketat.

#Makan vitamin C

Ambil  Vitamin C sebagai suplemen harian anda.Vitamin  C dikatakan amat mujarab mengatasi masalah urat timbul.Selain itu, anda digalakkan makan buah-buahan sitrus seperti limau, kasturi dan lemon.

kacangpanjang

#Lakukan senaman ringan

Baik ketika duduk rumah mahupun berdiri, anda seharusnya melakukan senaman ringan seperti regangan.Ia dapat mengelakkan darah beku, lenguh dan kekejangan otot.Senaman juga menyihatkan tubuh anda.

#Elakkan pakai kasut tumit tinggi

Memakai kasut tumit tinggi dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan urat dikaki tegang dan timbul. Tumit kasut yang halus  memberi bebanan kepada kaki untuk menampung berat badan.Akibatnya kaki menjadi tegang dan urat mudah timbul.

#Sapu minyak panas

Sebelum tidur malam, sapukan minyak panas atau herba pada bahagian kaki yang sakit atau urat timbul. Kombinasi herba akan membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.

#Petua Tradisional

Belah bawang putih kepada dua bahagian kemudian gosok perlahan-lahan pada urat timbul.Amalkan sehingga urat yang timbul akan beransur pulih. Tempek bahagian bermasalah dengan air asam juga dapat atasi masalah tersebut.

#Lakukan urutan

Urutan dapat membantu mengatasi masalah urat kaki timbul. Sebaik-baiknya lakukan urutan refleksologi  dengan tukang urut profesional. Amalkan urutan sebulan sekali dan anda pasti akan gembira dengan hasilnya.

 66,756 total views,  6 views today

Previous articlePernah dengar serum wajah berasaskan Habbatus Sauda?
Next articleHepatitis A, B, C, D, E, Apa Bezanya?
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.