Masalah terkencing berlaku apabila hilang kawalan pundi kencing misalnya terkencing semasa bersin atau terbatuk, gesaan kencing yang begitu tiba-tiba dan tidak dapat dikawal.
Masalah hilang kawalan kencing terbahagi kepada sifat sementara dan berpanjangan. Punca daripada bersifat sementara adalah seperti minuman, makanan atau ubat-ubatan.
Masalah ini boleh menjadi berpanjangan disebabkan oleh keadaan berikut;
# Mengandung
Perubahan hormon dan tekanan rahim terhadap pundi kencing
# Bersalin
Proses bersalin boleh melemahkan otot-otot yang mengawal pundi kencing dan otot-otot pelvis.
# Usia meningkat
Otot-otot pada pundi kencing dan saluran kencing menjadi kurang kuat atau tegang dan seterusnya longgar sehingga menyebabkan mudah terkencing
Selepas menapaus, wanita menghasilkan kurang hormon estrogen yang diperlukan untuk kesihatan dinding pundi kencing dan saluran kencing dan juga kekuatan otot-otot
# Histerektomi
Pundi kencing dan rahim ditampung oleh otot-otot.Pembedahan histerektomi boleh mengganggu otot-otot ini lalu menyebabkan terkencing.
# Masalah saraf
Sepeti diabetes, multiple sclerosis, parkinson’s disease, trok, barah otak atau kecederaan pada tulang belakang.
# Berat badan berlebihan
Masalah berat badan yang berlebihan ini akan menyebabkan tambahan tekanan terhadap pundi kencing dan otot berhampiran.
28,140 total views, 4 views today