Home Sihat + Cantik Tips Kesihatan Ketahui apa yang menyebabkan pengsan?

Ketahui apa yang menyebabkan pengsan?

2523
0

Apa itu pengsan atau ‘ syncope’

‘Syncope’ adalah istilah perubatan untuk pengsan yang berlaku secara tiba-tiba dimana seseorang itu tidak sedarkan diri dalam tempoh yang singkat (sesaat hingga 3 minit) yang biasanya berhubungkait dengan aliran darah yang tidak mencukupi ke otak buat seketika

Apa yang menyebabkan pengsan?

Kejadian pengsan mungkin diakibatkan oleh tekanan emosi, kesakitan, pengumpulan darah di kaki akibat perubahan mendadak posisi badan, kepanasan melampau, dehidrasi, berpeluh dengan banyak atau keletihan.Pengsan boleh berlaku berikutan episod batuk yang kuat dan panjang  yang menyebabkan terjadinya perubahan mendadak pada tekanan darah (terutama di kalangan lelaki).Walaubagaimanapun, pengsan juga boleh diakibatkan oleh masalah jantung, neurologi, psikiatri, metabolik dan paru-paru. Seseorang juga mungkin pengsan akibat dari kesan sampingan sesetengah ubat seperti ubat diabetik, dadah sintetik dan lain-lain.

pengsan

RAWATAN

  •  Jika seseorang merasakan seperti hendak pengsan, mereka perlu duduk serta-merta dan membengkokkan badan dengan meletakkan kepala mereka di antara lutut atau baring.
  • Sekiranya pernafasan dan kadar denyutan nadi didapati biasa, biarkan ia terus baring di atas tanah atau lantai dengan kepala mereka ke bawah dan mengiring ke satu sisi dalam keadaan selesa.
  • Meninggikan kedua-dua kaki dapat membantu peredaran darah kembali ke jantung.

Adalah penting untuk memastikan seseorang itu bebas dari penyakit lain yang berkaitan. Bantuan perubatan perlu diberikan segera bagi pengsan yang berlaku dikalangan mereka yang diketahui atau disyakki mempunyai penyakit serius.

Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah lain, langkah seterusnya boleh diikuti:

  •  Biarkan dalam keadaan baring selama 10 minit.
  • Hidukan garam (ammonium karbonat) kepada mereka yang diketahui memang cenderung untuk pengsan.
  • Kembali melakukan aktiviti biasa secepat mungkin.

Ubat-ubatan biasanya  tidak diperlukan  untuk merawat pengsan tetapi beberapa prosedur perubatan mungkin perlu untuk memastikan tiada masalah jantung yang berkaitan.

  •  Elektrokardiogram  (ECG) digunakan untuk menguji denyutan jantung yang tidak normal
  • Ujian lain seperti ujian ‘exercise stress test’, Holter monitor, Echocardiogram, dll mungkin diperlukan untuk mengesan lain-lain masalah jantung.

 21,469 total views,  1 views today

Previous article3 Faktor punca migraine atau sakit kepala
Next articleSoalan kebiasaan bekam
Merupakan pengasas kepada DigitalUngu.com dan juga sebagai editor rasmi bagi DigitalUngu.com. Klik sahaja pada pautan media sosial dibawah untuk lebih kenal.