Lettuce ialah sejenis salad.Ada juga yang menyebutnya dengan salad daun.Lettuce mengandungi banyak potasium, sodium, kalsium, fosforus dan yodium.Selain itu lettuce juga kaya dengan magnesium dan zat besi.

Magnesium didalam lettuce mampu menghidupkan jaringan-jaringan otot, otak dan saraf.Zat garam penting yang terdapat di dalam tanaman ini merupakan pengatur sel, terutamanya sel-sel saraf dan jaraingan sel paru-paru.

Rutin meminum campuran jus lobak merah, lettuce dan bayam dengar kadar lebih kurang 1/2 gelas lobak merah, 1/4 gelas lettuce dan 1/4 gelas bayam setiap hari akan melengkapi keperluan pertumbuhan rambut dan akan memberi makan urat saraf serta akar rambut.

Green-Leaf-Lettuce-Main

Dengan mengikuti cara ini pertumbuhan rambut dapat dirangsang.Jus lettuce, apatah lagi bahagian luarnya yang berwarna hijau sangat bermanfaat bagi

  • Penghidap penyakit paru-paru seperti pesakit TB, batuk berpanjangan
  • Penyakit perut seperti kerap sakit perut, sembelit
  • Boleh menjadi pelawas kencing.

 

Jika sekarang anda sedang alami batuk panjang atau disahkan dijangkiti TB, amalkan ramuan ini.Kesan toksin dari makan ubat yang diberi oleh hospital memang tinggi.Justeru itu, kesan sampingan seperti sakit-sakit seluruh badan memang kena tempuh.Ramuan ini mampu membantu buang toksin.

19,162 total views, 1 views today