Kesakitan haid (dismenorea) merujuk kepada rasa sakit semasa kitaran haid wanita.Salah satu cara tradisional adalah dengan menggunakan halia untuk melegakan kesakitan, termasuk kesakitan haid.

Dalam satu kajian, 150 wanita diarahkan untuk mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari, untuk 3 hari pertama tempoh haid.Halia berjaya mengurangkan kesakitan seperti asid mefenamic dan ibuprofen.

Sekiranya anda sentiasa atau kerap mengalami kesakitan ketika alami haid, halia kelihatan sangat berkesan untuk mengurangkan bebanan ini.Dicadangkan kepada anda agar serbuk halia diambil pada awal masa haid.

Nota: Sekiranya anda merasakan artikel ini mampu memberi manfaat kepada kenalan dan orang lain, sila tekan butang “Share” dibawah.

13,956 total views, 9 views today