Kacang soya mudah sekali didapati. Harganya murah dan sangat berkhasiat. Kadar proteinnya mencapai 34.1 %, karbohidrat 33.5 %, lemak 17.7 %, air 10.0 % dan hampasnya 4.7 %. Kadar protein kacang soya hamper dua kali ganda daripada kadar protein haiwan ( protein daging lembu hanya 18 % ).Selain kandungan protein dan karbohidratnya tinggi, kacang soya juga mengandungi vitamin A, B1 dan F.

Kacang soya sangat banyak kegunaannya. Boleh dijadikan tauhu, tempe, kicap dan susu. Pada tahun 1952, susu soya yang disebut dengan “saridele” dihasilkan di Indonesia. Ketika itu Saridele digunakan untuk minuman bayi.

Kandungan vitamin F dalam kacang soya memudahkan pengangkutan oksigen melalui darah kesemua sel, jaringan dan organ. Selain itu, vitamin F juga membantu melancarkan semua sel, membantu proses pembekuan darah, membuat kulit selalu kelihatan berseri-seri.
BSOY_sm Kacang soya juga dapat menurunkan kadar kolesterol di dalam darah, mencegah penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan pengerasan pembuluh darah.

27,117 total views, 1 views today