Diabetes semasa hamil adalah sejenis penyakit kencing manis yang dihidapi oleh wanita semasa mengandung (Gestational Diabetes Mellitus atau GDM).Lebih kurang 4% wanita hamil dikesan menghidap GDM.Ia biasanya dapat dikesan semasa kandungan ke 6 atau ke 7 bulan.Namun penyakit ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol dan juga lactogen dalam uri) dan juga penambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat.

Tetapi kedua-dua perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang dipanggil insulin, iaitu hormon pengawal gula dalam badan.Kekurangan hormon insulin mempengaruhi hormon dalam plasenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa hamil.

RISIKO

Risiko bayi dalam kandungan boleh menyebabkan;

  1. Pertumbuhan yang lambat
  2. Bayi menjadi lebih besar
  3. Bayi berisiko cacat dengan peluang 3 kali lebih banyak daripada bayi normal
  4. Boleh mengalami kematian mengejut dalam kandungan

Walaupun bagaimanapun, penyakit diabetes dikalangan ibu mengandung akan reda selepas bersalin kecuali ibu tersebut memang ada sejarah keturunan atau faktor lain seperti obesiti.

 

18,854 total views, 1 views today