Ketika usia meningkat, kecantikan kulit turut mengalami perubahan.Pada masa ini anda akan mula menyedari kehadiran kedutan.Kecantikan kulit juga akan menjadi nipis dan kehilangan lemak menjadikannya semakin kurang berisi dan lembut.Keadaan ini lebih lama untuk sembuh.

TIPS KECANTIKAN : PENYEBAB PENUAAN KULIT

Tips Kecantikan : Pendedahan berlebihan pada cahaya matahari

Ia berlaku jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari. Sinar UVB dan UVA mempunyai kesan besar pada kulit. Ia menyebabkan kulit berkedut dan berbintik-bintik hitam pada kulit.Bintik-bintik ini bermula sebagai jagat dan kemudian menjadi tompok-tompok perang.Ini menjadikan kulit kering dan merangsang kedut untuk muncul.

Terlalu banyak terdedah kepada sinar berbahaya boleh membawa kepada kanser kulit. Adalah penting untuk menyedari berapa lama kulit anda terdedah ketika berada diluar.Walaupun terdapat banyak krim boleh digunakan untuk melindungi diri daripada sinar UVB dan UVA, tetapi elakkan kulit rosak akibat terdedah pada cahaya matahari.

Quit-Smoking1

Tips kecantikan : Cuaca Sejuk

Suhu terlalu rendah dan angin yang kuat boleh menyebabkan kulit kering. keadaan ini sekali gus membawa kepada pencepatan penuaan.Menggunakan pelembab dan pakaian bersesuaian semasa persekitaran sejuk adalah amat penting.Masalah-masalah kulit merengsa boleh muncul dan biasa berlaku pada setiap peringkat umur

Tips kecantikan : Merokok

Merokok membahayakan kesihatan, ini termasuklah kulit anda.menghisap rokok menyebabkan perubahan kimia dalam tubuh yang menyumbang kepada pencepatan penuaan.Merokok dengan lama menyumbang kepada kedutan yang mendalam dan pengurangan dalam tahap vitamin c dalam tubuh.

Vitamin C bahan penting dalam memastikan kulit lembab dan bertenaga.Keadaan ini juga turut berlaku kepada mereka yang terdedah kepada asap rokok atau perokok pasif.Bahan kimia dalam asap rokok mampu menyempitkan salur darah yang akan mengurangkan jumlah oksigen yang ada kepada semua sel-sel.

Tips kecantikan : Tidak bersenam

Kurang bersenam meletakkan tubuh berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan serius.Bersenam bukan sahaja penting untuk minda dan tubuh tetapi juga untuk kecantikan kulit.Bersenam mampu membantu menguatkan kulit, otot dan peredaran darah warga tua.Bersenam bukan sahaja memberi tenaga pada tubuh, tetapi ia akan membuatkan anda gembira dan kelihatan muda

Tips kecantikan : Alkohol

Alkohol memberi impak besar pada kecantikan kulit, aliran darah berhampiran permukaan kulit meningkat berikutan alkohol mengembangkan salur darah kecil pada kulit.Seiring dengan masa, ia akan merosakkan salur darah secara kekal, menjadikan munculnya kulit bertompok-tompok dan kemerahan. Alkohol juga mengurangkan vitamin A dalam tubuh.Meminum alkohol turut membuatkan penyakit kulit yang memang wujud seperti Akne Rosacea menjadi semakin teruk.

Tips kecantikan : Tekanan dan kegelisahan

Situasi memberi tekanan bermakna membuatkan anda risau.Keadaan ini biasanya membuatkan anda mengerutkan muka.Apabila terdapat kerutan bermakna akan dahi berkedut.Seiring masa, otot-otot pada muka kulit akan berterusan melakukan pergerakan yang sama.Cubalah mengawal tahap tekanan kerana ia boleh memberi kesan pada minda, tubuh dan kecantikan kulit.

Tips kecantikan : Masalah tidur

Tidur malam yang tidak cukup boleh kelihatan di wajah anda pada keesokan harinya.Wajah anda adalah anggota pertama yang menunjukkan tanda-tanda kurang tidur.Tanda-tanda ini adalah seperti lingkaran gelap bawah mata, kedutan dan kulit menggeleber.

Tanpa rehat yang sempurna, kulit bukan sahaja mendapat kesan tetapi menjadi faktor-faktor kepada kehilangan ingatan, pemikiran negatif dan kemurungan. Pengekalan tidur yang sihat bermakna mengurangkan pengambilan kopi, mengelakkan pengambilan makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum waktu tidur dan cuba untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.

8,673 total views, 2 views today