Kuah Kacang Resepi Mak Paling Sedap | Peanut Sauce Recipe

557

Mom’s recipe always the best!! 😄 Resepi kuah kacang mak saya ni resepi yang paling best dan paling yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu masa hari raya. Hari ni saya dan mak saya kongsikan resepi yang super sedap ni. Ada secret ingredient tau. hehe. Baca tips kat bawah ni kalau nak dapatkan kuah kacang yang paling sedap dan tahan lama. 

Tips:
– Pastikan kacang digoreng sehingga betul2 garing dan sedikit gelap.
– Cili dan bawang boleh ditambah atau dikurangkan jika mahu lebih pedas atau kurang pedas.
– Kicap: secret ingredient 😂😂 – Udang kering: optional
– Tumis cili dan bawang sehingga betul2 masak dan bertukar menjadi warna gelap menggunakan api kecil.
– Lepas masukkan kacang, masak kacang sehingga menggelegak dan biarkan sehingga kacang hilang rasa mentah (lebih kurang 15-20 minit).
– Seimbangkan rasa masin, manis dan pedas ikut selera masing-masing. (kuah kacang memang sedap manis2 pedas. So jgn takut letak gula byk. hehe)
– Masak lagi 10 minit selepas letak tepung (tepung boleh gantikan dengan biskut Marie)
– Kuah kacang akan jadi lebih pekat bila sejuk.


Bahan-Bahan :
1 Cawan Minyak Masak
500gm Kacang Tanah
150gm Cili Kering
2 Bawang Besar
3 Cloves Bawang Putih
1 Sb Udang Kering
1/2 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Gula
250g kabong palm sugar/melaka palm sugar
2 1/2 Sb Garam
2 Sb Kicap Manis
400ml Air
1 Sb Tepung Gandum (Campur Dengan Air)

Ingredients :
1 Cup Cooking Oil
500gm Ground Nuts
150gm Dried Chillies
2 Onions
3 Cloves Garlic
1 Tbsp Dried Shrimp
1/2 Cup Cooking Oil
1 Cup Sugar
250g Gula Kabong/Gula Melaka
2 1/2 Tbsp Salt
2 Tbsp Sweet Soy Sauce 400ml Water
1 Tbsp Wheat Flour (Mix With Water)

1,243 total views, 3 views today