Tidak ramai yang menyedari bahawa selain tubuh badan seperti kaki, tangan, kepala dan sebagainya, mata juga memerlukan belaian seperti senaman dan urutan.Senaman dan urutan mata yang betul dan sempurna dapat membantu menghasilkan tubuh yang cergas, sihat lagi sempurna.

Kebanyakan masalah yang melibatkan mata terjadi kerana penjagaan mata yang tidak betul atau lebih menyedihkan ramai yang memandang remeh dan gemar mengabaikan aspek penjagaan dan belaian mata. Mata yang tidak dibelai dan dijaga dengan betulakan mengakibatkan anda hilang tumpuan dan pemandangan menjadi kabur dan letih. Bagi anda yang bekerja di hadapan komputer sepanjang hari, anda tidak akan terlepas daripada mengalami masalah ini. Justeru mari kita cuba senaman dan urutan mata ini untuk penjagaan mata yang lebih sempurna di samping menjaga kesihatan mata.

Latihan 1: Tanpa menggerakkan kepala, lihat bahagian atas dan seterusnya gerakkan anak mata ke bawah. Cuba lakukannya dengan lembut secara perlahan-lahan tanpa berkerdip. Ulangi langkah yang sama beberapa saat.

Langkah 2: Tanpa menggerakkan kepala, gerakkan anak mata anda ke kiri semaksima mungkin. Seterusnya lakukan langkah yang sama pada bahagian mata di sebelah kanan. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

Langkah 3: Lakukan gerakan membulat pada bahagian bola mata anda semaksima mungkin. Lakukan sebanyak 10 kali mengikut lawan jam dan 10 kali lagi dengan pusingan jam.

Langkah 4: Tanpa menggerakkan kepala, gerakkan anak mata anda le atas kiri pada sudut 315° sebanyak 10 kali. Lakukan langkah yang sama ke bahagian bawah kanan pada sudut 135°. Seterusnya, lakukan pada bahagian bertentangan iaitu bahagian atas kanan pada sudut 45° dan ke bawah kiri pada sudut 225°.

Langkah 5: Tutup kelopak mata anda dengan lembut perlahan-lahan. Lupakan segala masalah dan cuba tenangkan perasaan dalam masa beberapa minit.

Langkah 6: Luruskan tangan, genggam jari sambil ibu jari menegak ke atas, tenung ibu jari anda dalam masa beberapa minit. Tumpukan perhatian anda. Pada mulanya cuba tumpu jauh ke hadapan dan seterusnya tumpukan perhatian pada ibu jari anda. Ulangi langkah yang sama 10 kali.

Langkah 7: Dekatkan tangan anda ke wajah hingga ibu jari hampir menyentuh hidung. Tumpukan perhatian pada keseluruhan tangan dan kemudian ubah titik tumpuan pada bahagian ibu jari sahaja.Lakukan berulang kali.

Langkah 8: Lakukan langkah 7, berhenti rehat seketika dan seterusnya cuba jarakkan tangan anda jauh dari wajah tanpa menjejaskan titik tumpuan anda. Lakukan berulangkali untuk hasil yang lebih baik.

Sekiranya artikel ini memberi kebaikan kepada anda, apakata kongsikan artikel ini kepada rakan kenalan anda juga. Sila tekan butang Share sekarang!..terima kasih..

14,132 total views, 1 views today