Inginkan makan makanan kegemaran tanpa perlu bimbang berat badan bertambah?mulakan dari sekarang ubah kebiasaan makan dan ikuti panduan dibawah..

Makan malam

Pernah dengar ungkapan sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti pengeran, makan malam seperti fakir? Jika tidak, ingat-ingatlah ungkapan ini jika anda terasa ingin makan dengan banyak pada waktu malam.Bagi mereka yang berdiet ungkapan ini perlu dipegang dengan baik.Anda perlu kurangkan kuantiti makanan pada waktu malam.Pilih makan yang ringan, tetapi sihat, cukup dengan gizi yang seimbang.

Misalnya segelas susu tanpa atau rendah lemak, 2 keping roti tawar dengan sepotong isi daging atau ikan dan semangkuk sayuran.Usah lupa minum air yang cukup.Usahakan makan malam dilakukan 2 jam sebelum tidur.

woman-eating-fast-food-alone

Olah makanan dengan bijak

Bahan makanan yang kaya lemak seperti daging dan hasil olahannya, janganlah lagi anda olah menggunakan minyak terutamanya santan atau minyak goreng.Biasakan memasak daging dengan merebus atau memanggang.Buang lemak atau kulit ayam.Lebih baik pilih daging ayam bahagian dada sahaja yang mengandungi sedikit lemak.

Buah segar, bukan jus

Biasanya minuman jus telah ditambah gula, jadi lebih baik elakkan minum minuman jus.Jus juga mudah diserap oleh tubuh dan mudah juga untuk dikeluarkan.Jadi anda mudah terasa lapar.Jika ingin menikmati jus, elakkan dari menambah sebarang gula atau sebarang pewarna dan sebagainya.

Menikmati buah segar membuatkan mulut anda perlu bekerja keras untuk mengunyah.Sekurang-kurangnya perbuatan mengunyah boleh menghilangkan stres yang merupakan salah satu faktor penyumbangnya.

Pilih buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti betik, epal, pir dan sebagainya.Lebih baik jika buahnya setengah masak.Potong sebesar dadu dan kunyah perlahan-lahan.

Banyakkan makanan berserat

Perasaan ingin mengunyah boleh dihilangkan dengan memilih makanan berserat seperti sayuran hijau atau makanan yang kaya serat seperti biji-bijian (gandum, jagung, beras tumbuk) dan kekacang seperti soya, kacang hijau.Serat memberikan rasa kenyang yang lama.Serat juga membantu melancarkan proses pencernaan serta proses pembuangan air besar.

Segelas air putih sebelum makan

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.Ini kerana tubuh mnusia terdiri daripda 80 peratus air, kerana itu cairan yang masuk kedalam tubuh tidak boleh kurang.Jika kekurangan cairan, tubuh akan mengalami dehidrasi.Kedaan ini akan mempengaruhi proses metabolisma didalam tubuh.Akibatnya akan membahayakan kesihatan.Jadi muli sekarang, janganlah menahan rasa haus.

Jika anda minum segelas air putih sebelum makan, ia akan membuat perut anda berasa cepat kenyang sehingga boleh membantu mengawal nafsu makn yang berlebihan.

Makan 3 jam sekali

Usahakan untuk tidak membiarkan perut sangat kosong.Perut kosong akan membuatkan anda lapar dn kemudiannya anda akan mkan dengan lebih banyak.Isi perut setiap 3 jam sekali dengan sedikit makanan ringan untuk menjaga kestabiln gula darah.

Jik kdar gula dalamdarah dibawah paras normal, maka akan terjadi gejl hipoglikemi ringan.Simtom gejla ini ialah sering mengantuk dan sukr memberi tumpuan.Keadaan ini kan membuatkan anda rasa lapar dan makan berlebihan

18,174 total views, 1 views today