Perokok bukan sahaja boleh membuatkan seseorang itu terdedah kepada bahaya asap rokok tetapi membahayakan mereka yang berada di berhampiran, tidak ada tahap bebas risiko jika terdedah kepada asap rokok. Jika seseorang itu terdedah Dan menjadi perokok pasif, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku. Perokok pasif menghidu asap yang keluar daripada rokok, pap atau cerut

Asap ‘yang dikenali sebagai asap rokok yang telah digunakan (secondhand smoke) ini juga adalah asap yang turut disedut oleh perokok. Apabila seseorang perokok itu merokok berhampiran, anda sekali gus menyedut asap yang keluar daripada rokok tersebut. Ramai menyedutnya, tidak kiralah sama ada secara sedar atau tidak. Malah asap rokok yang telah digunakan ini berada di udara, walaupun anda tidak sedar kerana ini hampir tidak dapat dilihat dan kurang berbau.

Sebatang rokok menghasilkan asap selama 12 minit. Tetapi perokok boleh menyedut kira-kira 30 saat asap daripada rokok mereka. Asap selebihnya akan berada di persekitaran dan udara. Asap inilah yang akan disedut oleh mereka yang tidak merokok dan juga perokok ketika bernafas. Asap rokok ini mengandungi lebih daripada 4000 bahan kimia. Kebanyakan daripada bahan kimia ini dikenali sebagai penyebab kanser. Bahan kimia yang dijumpai di dalam asap rokok termasuklah:

  • Karbon monoksida (seperti yang terdapat dalam ekzos kereta)
  • Ammonia (seperti yang terdapat dalam pencuci tingkap)
  • Kadmium (seperti yang terdapat dalam bateri)
  • Arsenik (seperti yang terdapat dalam racun tikus)

asap rokok

KESAN ASAP PADA KESIHATAN KANAK

Jika seorang kanak-kanak menghidu asap rokok yang telah digunakan, mereka boleh mengalami masalah seperti berikut;

 

  • Jangkitan telinga
  • Serangan asma yang lebih kerap dan lebih teruk
  • Gejala-gejala pernafasan seperti batuk,¬†bersin dan sukar untuk bernafas
  • Jangkitan pernafasan
  • Risiko besar untuk gejala kematian bayi secara tiba-tiba

 

KESAN PADA KESIHATAN ORANG DEWASA

Bagi orang dewasa yang tidak pernah merokok dan kemudiannya mereka terdedah kepada asap rokok, ia mampu menyebabkan:

Penyakit jantung

Bagi mereka yang tidak merokok, asap rokok menyebabkan kesan berbahaya pada sistem kardiovaskular yang meningkatkan risiko serangan jantung. Jika mereka memang mengalami masalah penyakit jantung, risikonya amat tinggi.

Penyakit kanser paru-paru

Bagi mereka yang tidak merokok dan terdedah pada perokok di rumah atau tempat kerja, ia boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru kira-kira sebanyak 20 hingga 30 peratus.

BAHAYA ASAP TERHADAP BAYI

Asap rokok yang telah digunakan turut memberi kesan berbahaya pada bayi tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas mereka dilahirkan. Beberapa bahan kimia dalam asap rokok yang telah digunakan ini boleh memasuki darah bayi sekali gus memberi kesan kepada pembesaran bayi. Jika anda merokok atau berada di berhampiran asap rokok yang telah digunakan sewaktu hamil, berkemungkinan besar anda akan mengalami keguguran, melahirkan bayi pramatang, dan mengalami masalah ketika melahirkan bayi.

Bukan itu sahaja, bayi yang terdedah pada asap rokok yang telah digunakan. mereka akan menjadi kurang sihat. Mereka juga akan mendapat risiko tinggi meninggal dunia sewaktu dilahirkan atau meninggal dunia akibat sindrom kematian bayi secara tiba-tiba.

Jika seseorang wanita itu menyusukan bayi, ketahuilah bahawa beberapa bahan kimia daripada asap rokok yang telah digunakan itu diberikan secara langsung melalui susu ibu kepada bayi mereka. Oleh itu, jika anda merokok dan mahu hamil, perlulah mengambil keputusan untuk berhenti merokok terlebih dahulu. lbu yang tidak merokok lebih sihat. Mereka juga lebih mudah untuk hamil dan melahirkan bayi.

19,354 total views, 1 views today