Kita salah langkah, salah bertindak juga salah mengadaptasikan kembali rasa cinta itu kepada suatu hubungan yang harmonis.Justeru itu cinta akan semakin jauh untuk dikembalikan, semakin jauh untuk diraih kerana kita membuatkan hubungan semakin jauh, semakin panas dengan rasa marah, rasa baran dan sebagainya.Mengapa cinta semakin pudar?Mengapa susah meraih cinta?

Bertemu orang lain

Salah satu sebab utama mengapa citna putus ialah apabila anda bertemu orang lain yang dirasakan sangat memahami jiwa raga anda.Anda juga merasakan sikap-sikap pasangan semakin membosankan malah anda mula melihat kelemahannya tidak kira cara penampilan, caranya bercakap dan sebagainya.Jadi bilaanda bertemu seorang yang sesuai, anda akan meninggalkan dirinya dan pergi kepada orang yang anda rasakan sesuai.

Mengapa cinta semakin pudarCuai mengjaga hati

Hati adalah satu perasaan yang sangat halus.Hanya mereka yang benar-benar bercinta sahaja yang dapat merasainya.Namun adakalanya mulut saja yang mengungkapnya namun tidak dengan perasaan.

Sebabnya sesetengah pasangan beranggapan, bila kata-kata sayang sudah diluahkan itu tandanya satu ikatan sudah termeterai.Namun jika hanya percakapan sahaja tetapi tidak disertakan dengan cara, perbuatan dan sebagainya, hati tidak akan merasai nikmat cinta itu.Tidak hairanlah ia semakin pudar dan hanya tunggu masa untuk berpisah.

Bosan

Selain bertemu orang lain dan anda cuai menjaga hatinya, salah perkara lagi mengapa diri menjauhi pasangan adalah kerana rasa bosan.Bila anda menjalin hubungan terlalu lama, terikat dengan satu komitmen, anda akan mudah bosan.

Jarak semakin jauh

Cinta memerlukan pengorbanan, kasih sayang dan sebagainya.Namun cinta akan semakin pudar bila mana hubungan anda semakin menjauh terutama apabila anda sudah menjalinkan suatu hubungan terlalu lama.

Awalnya anda merasakan pasangan seorang yang sangat membosankan, lama-kelamaan bila hati semakin menjarak, silap-silap anda merasakan pasangan adalah seekor dinasor yang perlu dijauhi.

Tiada lagi persefahaman

Semakin lama mengenali pasangan, anda sudah tahu buruk baiknya.Apabila semakin banyak keburukan pasangan yang anda nampak, anda akan semakin menjauhi dirinya dengan pelbagai alasan.Selain itu, anda juga akan kerap bergaduh walaupun untuk hal-hal remeh temeh bila cinta tidak lagi wujud

19,770 total views, 5 views today