Pastikan semua ahli keluarga mendapat keseluruhan nutrisi yang penting untuk keperluan tubuh. Makan makanan yang sihat adalah asas kesihatan yang baik. Namun, memilih makanan yang baik bali seluruh ahli keluarga, bukan semudah melaksanakannya kerana masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri.

Bukan itu sahaja, makanan perlu juga disesuaikan dengan umur, jantina, tahap keaktifan serta keadaan kesihatan seseorang. Semuanya perlu diambil kira dengan betul agar kesihatan seisi keluarga terjamin. Panduan makanan sihat sesuai dengan usia ini mungkin dapat membantu anda mengelola menu makanan anda sekeluarga setiap hari.

Ibu dan ayah

Umumnya, orang dewasa disarankan agar:

 

  • Mengendalikan pengambilan lemak. Lemak tepu dalam produk-produk haiwan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan mudah tersimpan di dalam tubuh sebagai lemak. Usahakan agar anda mendapatkan lemak dari sumber lemak tak tepu, terutamanya omega-3 yang terkandung di dalam ikan.
  • Minum air minimum 8 gelas setiap hari.
  • Batasi pengambilan makanan masin. Berolahraga secara teratur untuk menyeimbangkan pola makan sihat anda. Tambahan, berolahraga dapat mempercepatkan metabolisms dan memberikan manfaat tambahan kerana berat badan anda akan lebih terkawal.

 

nutrition-pregnancy_720_1

Bayi dan anak

Mengenal dan menanamkan pola pemakanan yang betul kepada anak-anak sangat penting untuk membentuk sikap mereka terhadap makanan. Jika mereka sudah dibiasakan mengambil makanan sihat sejak kecil, kebiasaan ini akan terbawa-bawa hingga dewasa.

Pastikan waktu makan keluarga menjadi saat yang menyenangkan sehingga mereka dapat menikmati makanan sihat. Jangan paksa anak untuk makan apa yang mereka tidak sukai. Ini akan membuatkan anak tidak mahu makan.Jangan lupa, biasakan mengajak mereka mencuba sejenis makanan sihat yang baru. Jika tidak berjaya, cuba lagi lain kali.

Tidak perlu menyiapkan makanan khusus kecuali jika anak masih bayi. Anak yang lebih besar boleh makan makanan yang dimakan oleh ibu bapanya tetapi berikan dalam kuantiti yang lebih kecil. Cara ini akan membuatkan mereka mudah menghabiskan makanan.

 

Makcik/pakcik/nenek

Bagi golongan yang lebih berusia, mereka lebih cepat penat. Namun, kelompok usia begini perlu mempertahankan tahap tenaga mereka dengan melakukan olahraga secara rutin seperti berjalan kaki. Dibantu dengan pola pemakanan yang balk, terutama makanan yang balk untuk kesihatan jantung, pasti dapat membantu mencegah penyakit-penyakit yang biasa dialami golongan yang berusia. Jangar lupa, kurangkan pengambilan gula dan lemak dalam menu harian.

18,352 total views, 2 views today