mengapa eprlu berurut

Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut, bertungku, bertangas dan berbengkung.Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasil berpanjangan.

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta merta.Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sakit badan, sakit pinggang dan kebas tangan mula dirasai.Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Mengapa berurut penting?

Urutan juga antara amalan tradisional yang penting dalam berpantang.Biasanya dilakukan setiap pagi sebelum mandi selama satu jam atau sebaik sahaja bertungku.Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut oleh bidan berpengalaman.

mengapa eprlu berurutDilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama.Ini kerana peranakan masih lemah dan bengkak.Hanya bahagian yang boleh diurut ialah di bahu, leher, dada dan payudara sahaja.Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari.

Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian rahim.Selain itu ia membantu melegakan badan, mengeluarkan angin serta lendir yang kotor.Urutan juga dapat menenangkan emosi, memecahkan lemak, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan sendi.

Kalau masyarakat dahulu, pelbagai ramuan seperti minyak kelapa, halia, bawang dan bawang merah dijadikan bahan untuk berurut.namun kini tidak lagi, biasanya ibu moden masa kini lebih menggemari kaedah moden dan ringkas.

 

22,380 total views, 4 views today