[sg_popup id=”7″ event=”onload”][/sg_popup]TaoBao.com adalah sebuah laman web yang bercirikan online shopping dari negara China. Laman ini mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Amazon.com, eBay.com, ataupun Lelong.com.my.

TaoBao.com diasaskan oleh kumpulan Alibaba pada tahun 2003. TaoBao memainkan peranan sebagai ‘orang tengah’ dalam menghubungkan pengilang, atau pemborong dengan peruncit atau pengguna. Laman TaoBao.com ini mempunyai lebih kurang 760 juta senarai barangan untuk dijual pada Mac 2013. TaoBao.com juga merupakan antara 10 laman yang paling kerap dikunjungi di dunia. Pada Mac 2013, jumlah jualan keseluruhan di TaoBao.com telah mencecah 1 trillion Yuan (RM250 billion).

TaoBao.com bukanlah satu-satunya laman yang kita boleh guna untuk memborong barangan untuk dijual di Malaysia. Terdapat juga laman-laman lain seperti  Alibaba.com, Aliexpress.com, Tmall.com ataupun BangGoods.com. Tetapi ramai usahawan internet memilih TaoBao.com atas beberapa sebab;

#1-Taobao Menjual Dalam Kuantiti Yang Cukup Kecil, Pada Harga Yang Berpatutan.

Laman seperti Alibaba.com menghubungkan pengilang dengan pemborong, dan hasilnya anda perlu membeli dalam kuanti yang sangat besar (paling kurang pun kena beli 100-500 unit) untuk setiap barangan yang anda ingin borong.

Laman seperti AliExpress pula menawarkan barangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kita pemborong kecil-kecilan. Tetapi masalahnya, biasanya mereka yang menjual di AliExpress ini merupakan pengilang yang sama di laman Alibaba.com! Jadi apabila mereka menjual dengan kuantiti yang sedikit, harga naik! Banyak kali kerana tidak membuat pengiraan dengan betul, ramai usahawan internet telah terbeli stok yang jauh lebih mahal dari AliExpress.com apabila sebenarnya usahawan internet boleh mendapatkannya pada harga yang jauh lebih rendah dari TaoBao.com! Selain itu, Aliexpress berurusan dalam USD.

TaoBao.com ini pula di tengah-tengah antara Alibaba dan AliExpress. Kuantitinya tidaklah sebesar Alibaba, dan harganya pula tidak semahal AliExpress. Memang sesuai dengan keperluan kita sebagai pemborong kecil-kecilan. Selain itu, TaoBao.com mempunyai satu senjata rahsia yang menyebabkan usahawan internet terus jatuh cinta dengan laman ini. Apa itu? Tengok sebab yang kedua di bawah.

#2-TaoBao.com Mempunyai Ramai Ejen Tempahan di Malaysia!

TaoBao.com ini fokusnya adalah pada pasaran borong di China, dan hanya baru-baru ini mereka mengembangkan capaian pasaran mereka ke rantau ASEAN. Jadi sistem pembayaran di TaoBao ini kurang mesra pengguna antarabangsa.

Tetapi, ramai pemborong di Malaysia telah mula memborong dari TaoBao, kerana harganya yang murah. Tetapi pada masa itu, mereka terpaksa menggunakan ejen antarabangsa untuk menguruskan tempahan mereka, dan banyak kesusahan timbul. Dari perbezaan harga akibat perubahan nilai matawang dan sebagainya.

Atas desakkan sebeginilah, mula timbul permintaan di kalangan pemborong tempatan untuk mencari ejen tempahan di Malaysia. Sejak itu, semakin ramai orang kita sendiri telah menjalankan perniagaan sebagai ejen tempahan TaoBao.com. Mereka menguruskan kesemua proses tempahan, dari menempah sehinggalah kiriman barangan-barangan tersebut ke pintu anda! Harga dan komisen yang dikenakan pun tidak mahal. usahawan internet boleh mendapat 30-50% penjimatan dengan menempah dari TaoBao.com, berbanding dengan menempah dari AliExpress! Laman seperti Aerobeans amatlah terkenal di kalangan ejen-ejen tempahan Taobao.com

Jadi, jika anda ingin membeli barang dari TaoBao, anda hanya perlu melawat laman web TaoBao, dan lihat produk-produk yang ingin anda beli. Apabila anda sudah jumpa dengan produk yang mahu dibeli, jangan terus beli dari website TaoBao tersebut. Anda hanya perlu ambil screen shot atau link URL dari website tersebut, kemudian hantarkan kepada ejen anda. Bayar kepada agen, dan tunggu stok sampai! Tak payah pening, tak payah susah-susah kena bayar kredit kad, tak payah risau barangan tak sampai sebab kita mungkin buat silap masa mengisi borang, dan macam macam lagi!

Jadi, pilihlah TaoBao.com kerana anda akan mendapat harga yang murah walaupun tempahan anda kecil, dan kerana tempahan anda akan diuruskan oleh ejen-ejen tempahan TaoBao yang mahir dan professional!

#3-TaoBao.com Kini Membenarkan anda Menguruskan Tempahan Sendiri, Tanpa Agen!

Taobao telah mula menyedari bahawa semakin ramai pembeli antarabangsa telah mula membeli dari sana. Hasilnya, mereka kini menyediakan sistem dimana pembeli antarabangsa (terutamanya di Asia Tenggara) boleh menempah, kemudian forwardkan produk yang ditempah ke negara masing-masing. Pokoknya, Taobao kini cuba menjadi agen tempahan untuk anda. Sekarang, anda punya pilihan, tempah sendiri atau guna agen. Lagi lengkap!

Kepada usahawan internet yang tidak mahu ketinggalan untuk merebut peluang-peluang yang disediakan oleh TaoBao.comsaya sarankan anda dapatkan segera panduan yang memang mudah untuk dipraktikkan. Klik sekarang => RahsiaTaobao

 

 

17,374 total views, 1 views today